MI GORENG TERHANGUS PULAK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. MENDUNG. KEJAP HUJAN. KEJAP PANAS TERIK. Tapi langit tetap gelap. Alam menjadi simbolik. Macam emosi manusia. Kadang gembira. Kadang sedih.
Hari ni PC terkedu sikit. Hari ni goreng mi, terhangus pulak perencahnya. Masa menumis tu terlupa nak kecilkan api dapur. Maklumlah sambil goreng mi, sambil buat ketja lain. Selalu okay je.. sekali hari ni.. ahh sudah. Memang baulah hangusnya. Alhamdulillah hamgusnya belum tahap parah. Ya Allah.
Lagi ada bau dan rasa hangus lagi sedap ni.. kata babah. Sebelum tu memang dah bagitau babah. Siap je mi goreng terus bagitau babah. Cakap mi goreng terhangus. Babah ketawa je. Nasib...nasib. Masalahnya bukan mi goreng mamak oiiii. Masak lebih dari biasa pulak tu. Allahuakbar.
Babah masuk lepas siap buat kerja luar rumah. Babah kata mengaruk bau hangusnya. Kikikiki. Diam jelahh. Tapi tengok babah makan bertambah la pulak. Babah kata hangus ni macam buka selera la pulaknya. Wah ni dah level mamak punya mi goreng. Hahahaha. Adoii. Gara-gara sambil buat kerja lain hangus mi goreng dalam kuali. Ni en suami belum makan lagi. Apa pulak nanti. Biasa ketawa je en suami. Parah!!.
Eh.. hujan lagi. Lebat!.
Tidak mudah mengawal sesuatu. Kadang kita rasa mampu tapi Allah tak izin, ianya disertakan dengan ujian. Kawalan hamba adalah kawalan daripada Allah swt juga. Nikmat adakalanya tidak selalu. Mungkin Allah nak kita hargai nikmat yang cuma sesekali sahaja. Sebaliknya ujian atau dugaan bertalu-talu. Boleh jadi Allah sedang mahu tunaikan hajat dan doa-doa kita. Aamiin.
NOTA PC : hujan-hujan makan sup sedap juga
Tags:
Santai Peribadi
Oh, ini kita panggil mee wok hei!!
BalasPadamDah jadi mi goreng mamak ni.
BalasPadamAlhamdulillah, hangus pun masih boleh makan
BalasPadamaroma hangus tu yg buat jadi sedap lg.. hihi. Takpe yg penting en. suami suka.
BalasPadam