TERSASAR PERBUATAN MENCARI DUIT

TERSASAR PERBUATAN MENCARI DUIT | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. TUNTUTAN HIDUP ATAU MEMUASKAN NAFSU. Ada perbezaannya. Okey, sebelum pergi lebih jauh.. PC nak minta maaf dulu ya. Apa yang PC nak sampaikan ni, adalah pendapat PC dan apa yang PC perhatikan disekeliling PC tau. Let's go. 

Apa tujuan kerja. Kerja ada majikan. Kerja sendiri, dimana diri sendiri majikan dan pekerja sekaligus. Niatnya apa sebenarnya. Haaa. Mahu tidak mahu memang kena balik pada niat. Tak kisahlah suami ke.. isteri ke. Tapi hakikat tanggungjawab adalah seorang suami. Selagi mana sihat zahir batinnya. Kalau isteri bekerja, bonus. Tetap juga kena menafkahi.

Mencari nafkah untuk menafkahi. Berat tak?. Berat. Lebih-lebih lagi bila tiada sumber pendapatan tetap setiap bulan. Jadi apa yang PC cuba nak bangkitkan ni ha?. Bukan nak gaduh. Jauh sekali la nak aibkan atau sebagainya.. cuma pandangan sahaja. Boleh jadi betul. Boleh jadi tidak.

Institusi rumahtangga. Suami isteri. Anak-anak. Kerjasama tiga pihak yang duduk sebumbung. Pihak suami. Pihak isteri. Pihak anak-anak. Haa. Orang luar jangan masuk campur kecuali diminta. Ada pepatah, tangan yang menghayun buaian mempu menggoncang dunia. Aamiin. 

Mengkaburi. Sengaja atau tidak sengaja. Kerja. Cari duit untuk memenuhi keperluan dan kehendak. Keluar kawasan. Dalam kawasan. Jauh. Dekat. Kalau suami kata tugas aku kerja, cari duit. Yang lain-lain diserahkan semua pada isteri, tengok pada penerimaan isteri macam mana. Kalau isteri tulus hati reda.. okay. Kalau sebaliknya.. isteri nak sama-sama urus rumahtangga maka hati-hati suami kalau tetap dan terus tinggalkan isteri dan anak-anak. 

Keperluan yang mesti dipenuhi. Kehendak yang boleh dipilih dan asingkan. Tak dinafikan. Sangat-sangat tidak dinafikan. Duit penting. 'Duit banyak pun, tinggal juga'.. betul. Waris pun perlu duit nak urus jenazah. Ingat tu. Sebahagian besar aktiviti kehidupan memerlukan duit.

Cuma..

Jangan jadi hamba duit. Semua mahu dijadikan duit. Mana ada lubang kejar dan kejar dan terus kejar. Salahkah?. Tidak kalau tidak abaikan tanggungjawab. Tanggungjawab pada PENCIPTA dan tanggungjawab pada isteri dan anak-anak. Jangan umpan isteri dan anak-anak dengan duit untuk menutup mulut.

Wanita. Isteri. Ibu. Biarpun mungkin mampu menggoncang dunia, kudratnya tetap sahaja terbatas. Tidak perlu dijunjung. Tapi jangan dipijak. Tulang rusuk disisi. Dekat dengan hati. Lindungilah isteri. Tidak cuma zahirnya.. batinnya (hati) juga.

NOTA PC : kadangkala sedikit berkat lebih manis berbanding lebih tapi hambar
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama