10 MALAM TERAKHIR RAMADAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. BERBAKI 10 MALAM TERAKHIR. Rupa-rupanya ya. Alhamdulillah. Melalui 10 malam terakhir Ramadan tidak mudah difikirkan. Lebih-lebih lagi malam ganjil disepuluh malam yang terakhir. Namun begitu, kalau memang dah jadi rezeki kita, tidak ada yang mustahil juga. Betul tak?
Malam Lailatul Qadar. Selain Nuzul Al-Quran dibulan Ramadan, malam Lailatul Qadar menjadi impian umat Islam untuk menemui, merasai dan menghidupkan malam tersebut. Dua peristiwa yang diraikan dan diharapkan sepanjang berada dibulan Ramadan. Al-Quran diturunkan pada malam lailatul qadar dan ia lebih baik daripada seribu bulan.
Malam istimewa. Bila istimewa perlukan usaha pun yang berganda dan istimewa juga. Istimewa dan dirahsiakan. 10 malam terakhir Ramadan. Besar cabarannya kerana biasanya 10 malam terakhir Ramadan ni masing-masing sibuk. Buat persiapan untuk sambut Syawal. Kadang tarawih pun tak pergi. Solat di rumah je.
Kenapalah Allah swt tak beritahu je terus bila malam Lailatul Qadar. Kan mudah.. tak gitu. Jadi kita fokus je laaa. Betul tak. Inilah namanya ujian iman. Sejauh mana kita istiqhomah beribadah ketika hujung-hujung yang tidak semua orang mampu lakukan. Lailatul Qadar ni macam hadiah untuk umat yang berpuasa hingga hujung Ramadan. Suprise box gitu. Ibaratnya, awak fokus, awak berjuang sampai last day Ramadan.. awak dapatlah walau awak tak tahu pun bila sebenarnya malam Lailatul Qadar tu. Haa gitu.
Menuju akhir Ramadan, terus berdoa untuk direzekikan Lailatul Qadar. Terus berdoa semoga dapat melaksanakan ibadah puasa lagi tahun hadapan dan tahun seterusnya ya, selagi Allah swt izin. Diberikan kesihatan tubuh badan. Kuat daya ingatan dan diluaskan pintu-pintu rezeki. Aamiin.
Selesai Mac.. hello April.
NOTA PC : separuh hari panas terik.. separuh hari lagi hujan dan ribut petir.. alhamdulillah.
Tags:
Santai Peribadi
Semoga kita menjadi insan terpilih menemui lailatul qadar
BalasPadam