BERBICARA DI SISI PUSARA

BERBICARA DI SISI PUSARA | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. MENONTON. Percayalah, kadangkala apa yang kita tonton tu tidak mustahil terjadi kepada diri kita. Ramadan kian menyusut harinya. Semakin mahu meninggalkan. Ada yang rasa lambat waktu berlalu. Ada yang rasa eh cepatnya mahu selesai Ramadan.

MACAM WATAK DALAM TV. Drama. PC suka tengok drama. Kalau pelakon tu menangis, ha PC pun ikutlah menangis. Berjaya pelakon hayati watak sampai yang menonton pun terjebak menghayati. Gitu. Tapi dululah. Jauh sangat dengan sekarang. Jarang sangat tengok tv. Kadang PC tengok di YouTube cerita lama-lama. Ingtkan cerita baru, eh rupanya cerita lama. Ketinggalan. Kecuali kalau anak buah ke.. adik-adik sepupu ke bagi tau ada cerita best.. barulah tengok.. tu pun cak cak ba.

WATAK. Hidup cerita bila pelakon menjiwai watak. Salah satu yang selalu buat PC nangis bila ada dan tengok babak BERBICARA DI SISI PUSARA. TAPI SEKARANG, hakikatnya PC menjadi salah seorang watak hakikat AKAN BERBICARA DI SISI PUSARA. Bicara dan menangis. Sungguh. Sungguh-sungguh. Biasa kalau datang rumah orang kita gembira je. Tapi bila datang rumah yang satu ini PC yakin siapa pun tentu sahaja susah nak bendung air mata. Atau mungkin PC sahaja begini. Allahu. Ada je yang tegur.. kata PC tak reda lah.. tak move on lah.. terpulang laaa situ. Cakaplah sampai mulut awak nak bersimpul ke.. sampai lidah awak nak tergigit ke.. terpulang. Semoga dosa-dosa awak Allah ampunkan. 

RASA RINGAN DAN PUAS HATI. Rasa tenang tu satu nikmat dan kepuasan. PC rasa, setiap kita nak dan sentiasa mencari ketenangan. Kalau hidup beribu tahun pun tapi gelisah, rasanya pun tak seronok jugakan. Serabut je hari-hari. Salah satu cara nak rasa ringan.. menangis. Sungguh-sungguh. Tak kisahlah apa alasannya menngis tu. Apa kisah atau sebabnya. Kalau boleh nangis... nangislah bersungguh-sungguh. Kemudian rehat. Cari dan kumpul semula kekuatan pada diri.

Sekarang bila dah di kampung. Semakin rindu mama. Semakin ingat dan terpandang-pandang. Pergilah PUSARA mama. Sembang dengan mama. Segala hal. Realiti. Bayangkan mama duduk sebelah. Sambil merenung sepasang mata yang kadang suram.. kadang bersemangat. Hakikatnya mama sudah di SANA. Tapi PC sentiasa yakin.. mama sentiasa dengar apa yang PC bicarakan. Jangan kata pelakon berlakon.. hakikatnya PC lalui. Sepanjang hidup PC sekarang ini. 

Bicara dua makhluk. Manusia BERBICARA dengan roh. Mendengar dan menjawab dengan caranya. Yakin. Cuma tidak didengari oleh pendengaran kasar. Bicara dua hala tetap ada dan terjadi.

NOTA PC : bunga mama tanam jadi hiasan sisi pusaranya.. semoga sentiasa mendoakan
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama