MACAM RUMPUT KERING TERKENA API | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. MEMANG PANAS TERIK LAIN MACAM. Tapi waktu macam ni ramai yang meracun rumput di sekitar rumah dan di kebun masing-masing. Walau ketika puasa. Panas ni la rumput cepat mati dan kering ditambah lebih kurang dua minggu lagi sahaja nak sambut Syawal. Kawasan rumah mahu kelihatan bersih dan kemas.
Panas terik. Tidak digalakkan membuat pembakaran terbuka. Bahaya. Risau merebak ke mana-mana. Menyusahkan kita dan orang lain juga. Bulan puasa. Panas terik. Nak kena padam api. Silap-silap kena panggil bomba bantu. Kalau pun nak bakar sampah, pastikan ditunggu ya. Sampah habis, tak ada api merebak ke mana-mana.
Bila ada rumput ke, daun ke, yang dah kering memang syok je nak bakar. Marak apinya. Mudah terbakar dan mudah hidup api bakarannyakan. Macam ni jugalah kita. Puasa, cuaca panas terik.. kadang iman dan kesabaran mudah bocor. Tak puas hati mahu bertumbuk. Padahal hal kecil je. Tapi yang kecil dan ringan je tulah boleh merebak jadi besar dan serius. Fuhh menggigil lutut PC.
Kisahnya, PC ikut en suami cari barang. En suami memang ajak pun. Kenkonon sekali tengok kot ada apa yang berkenan juadah berbuka puasa. Boleh la dibeli. Haaa teruja sebab PC ni susah sikit nak keluar lagilah cuaca panas.. pulak baharu siap masak. Pergilah kami.. sekali boleh pula depan mata ada orang bergaduh gara-gara berhenti dilampu isyarat je. Pemandu depan tersilap Lane. Dia berhenti lorong belah kiri yang orang lain boleh terus belok kiri kalau tak ada kenderaan dihadapan. Habis kena maki. Terjerit-jerit. Tekan hon macam nak runtuh traffic lights. Adoiiii. Apa salahnya.. tunggu jelah lampu hijau. Nanti orang tu terus awak nak belok 10 kali pun tak pe.
En suami - ada nak singgah beli apa-apa tak?
PC - tadi ada, sekarang dah tak ada..
Gigil lutut. Adoi laaa. Begitulah manusia yang ada banyak ragam. Sabar je laa. MACAM RUMPUT KERING TERKENA API. Mudah terbakar. Mudah merebak. Bahaya sungguh la. Lebih-lebih lagi dijalan raya yang bukan kita sahaja penggunanya. Kena beringat sentiasa ya.
NOTA PC : tak mustahil juga, puasa cuma rasa lapar dan dahaga.. tak rasa nikmat pahalanya..
Tags:
Santai Peribadi