RAMADAN DAN KAU SEBAHAGIANKU YANG TELAH PERGI

RAMADAN DAN KAU SEBAHAGIANKU YANG TELAH PERGI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. MENGHITUNG WAKTU. Solat tarawih. MENGHITUNG WAKTU. Berpuasa hari pertama. Bukan lagi bulan, minggu atau hari.. tapi jam dan minit. 

Tidak ada seorang mampu meneka adakah masih direzekikan dengan Ramadan. Rezeki itu rahsia. PC sendiri pun tidak tahu masih ada lagi atau tidak rezeki berpuasa dibulan Ramadan tahun ini sehinggalah waktunya tiba. Rasa sayu bila dalam tempoh menuju Ramadan lebih 3 orang kerabat dekat kembali kepadaNya. Allahu. 

Berpuasa dibulan Ramadan. Rukun Islam ketiga. Syukuri dan nikmati dengan rasa kehambaan. Tidak semua orang Allah izin dan rezekikan lagi merasai nikmat Ramadan. Betul tak. Kalau kita sehingga detik ini masih lagi Allah swt.. maka gandakan rasa syukur padaNya. Nikmat Ramadan ni lain sikit. Tak sama ketika puasa-puasa sunat di luar bulan Ramadan.

RAMADAN DAN KAU SEBAHAGIANKU YANG TELAH PERGI. Tahun kedua sambut Ramadan tanpa mama. Rasa macam baharu semalam mama call.. "selamat berpuasa anak dan menantu mama.... ". Rupa-rupanya dah masuk dua kali Ramadan mama tak bersama kami lagi. Rasa berat hela nafas bila ingat dan berbicara tentang mama. Sungguh!!!. Bukan main-main. Ada yang kurang?.. pasti!!. 

Meneruskan hidup dengan kenangan ni tak mudah.. kalau manis, ada tawarnya. Yang tawar itu tidak cuma tawar... tidak!!!. Tapi ada pahitnya. Mama dah tak perlu puasa. Mama bergembiralah dengan ganjaran kebaikan puasa disaat mama masih di dunia ya. 

NOTA PC  : usahakan bukan sekadar lapar dan dahaga sahaja yang kita dapat ya


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Salam ramadhan dan selamat menjalani ibadat puasa PC sekekuarga

    BalasPadam
  2. Salam from Google My Business Services "Wishing you a blessed Ramadan filled with peace, joy, and spiritual growth. May this sacred month bring you closer to your loved ones and strengthen your faith. Ramadan Mubarak!" 🌙✨ #Ramadan #Blessings #Peace.

    BalasPadam
  3. Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan mubarak

    BalasPadam
  4. Begitulah kita bila hilang yang paling dicintai. Ammi ni bila tiba2 nanti anak2 cakap “arwah muma suka itu, suka ini” Allahhhhhh lagilah sedih sampai tak mampu nak halang airmata ni tumpah

    BalasPadam
  5. Selamat menjalani ibadah puasa . Bila teringat balik orang yang kita sayang dah tiada memang sedih . CCL pun tahun ni kehilangan arwah tok , sehari sebelum puasa . Memang terasa ketiadaan beliau

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama