SALAM NUZUL AL QURAN 1445H | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. 17 Ramadan hari ini. Syukur. Dengan keadaan cuaca yang mencabar, perlahan-lahan melunaskan rukun Islam ketiga. Sekarang tak lekang daripada mulut berkeluh kesah dengan panasnya cuaca.. agak-agak nanti bagaimana di akhirat yang jarak matahari sekadar sejengkal sahaja dari atas kepala. Allahu.
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad saw hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.
Syukurlah dilahirkan sebagai Islam. Agama yang diakui. Al Quran yang menjadi kita sempurna memperbetulkan segala khilaf faham yang timbul. Menjawab segala persoalan. Menjadi rujukan dan panduan yang sesuai dalam apa pun situasi. Cuma fahaman kita sahaja bagaimana.
Bersahabatlah dengan Al Quran. Bacalah walau cuma sebaris ayat. Atau mungkin sekadar semuka sehari. Tak apa. Daripada tidak langsung. Di dunia kita perlukan teman atau kawan. Tapi boleh jadi kawan atau sahabat kita tu nanti banyak menuntut dengan kita di akhirat tapi tidak Al Quran.
Akrab dengan kalimah Al Quran, hati dan fikiran tenang. Dapat hafal dan hadam maksudnya lagi bagus. Kalau boleh baca dan faham isinya pun dah sangat bagus. Al Quran memberi syafaat kepada kita. Selain Rasulullah saw yang beri syafaaynya kepada kita yang menjadi umatnya kelak, Al Quran juga boleh bantu kita. Aamiin.
Bicara Allah swt disampaikan kepada Nabi Muhammad saw melalui Malaikat Jibril. MasyaAllah. Alhamdulillah.
NOTA PC : kalau bukan kita umat Islam menghidupkan Al Quran, siapa lagi.
Tags:
Santai Peribadi