SERBU AIR DULU SAMPAI KEMBUNG

SERBU AIR DULU SAMPAI KEMBUNG | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. BETUL KE KITA NI KALAH DENGAN RASA DAHAGA?.  Berbanding rasa lapar?. Minum boleh mengenyangkan. Makan tidak boleh hilangkan rasa dahaga. Air sangat penting pada tubuh kita. Kekurangan air dalam tubuh merosakan organ terutama buah pinggang. 

Bazar Ramadan. Sana sini situ. Lumrahnya begini bila Ramadan. Memang meriah. Waktu ni la para peniaga mengisi peluang dan ruang untuk menambah pendapatan. Sebagai pembeli, bijaklah memilih dan membeli. Lagi satu, yang penting jangan sampai membazir. Peniaga pun kena jujur ya ketika berniaga. Muamalat kerana Allah. Sedikit rezeki dan untung tapi banyak dan besar keberkatannya. Aamiin.

SERBU AIR DULU SAMPAI KEMBUNG. Anak kecil ke. Orang dewasa ke. Orang tua ke. Rasanya bila berpuasa ni.. waktu berbuka puasa yang dicapai dulu air. Air manis panas ke.. sejuk ke.. pilihan masing-masing. Tapi memang airlah. Minum sikit ke, banyak ke, air dulu. Kemudian baharulah kurma. Tapi tak mustahil juga kan.. ada yang terus pilih makan dulu betbanding minum. Kalau PC cakap serbu air dulu macam tak adil jugakan.

Cuaca panas terik. Litlit.. tingting.. haaa cabaran lebih kuat. Tak kiralah anak kecil ke.. tua ke.. memang boleh tergugat dan goyang iman kalau tak betul-betul. SubhanaAllah. Emosi pun kacau bilau. Tu yang kalau tak betul-betul sampai kembung minum air waktu berbuka puasa. Ada juga yang berbuka tak lalu makan nasi.. minum je.. makan nasi nanti waktu bersahur. Masing-masing. Yang penting berpada-pada tau.

Kesihatan tetap mesti dijaga. Mana yang perlu makan ubat, makanlah ikut waktu yang dijadualkan. Kalau sihat tubuh, bukan bererti tak perlu berjaga-jaga. Tetap mesti waspada juga. Semoga Allah swt lorongkan hati, akal dan langkah kita ke laluan yang DIA redai. Aamiin.

NOTA PC  : selamat bersahur dan berbuka
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. saya dan anak anak memang serbu air dulu. panas sangat sekarang

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama