ZAKAT FITRAH BILA DAH BAYAR LAPANG HATI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. AKHIRNYA. BAGARULAH en suami senyap. Kalai tidak... bising je risau dia tak selesai nak bayar zakat fitrah. Panas punggung. Zikir hari-hari bebel dia.
Sebenarnya daripada 1 Ramadan lagi en suami dah nak bayar zakat fitrah ni. Memang lazimnya gitu. Memang daripada bujang la menurut en suami. Mak abah pun cakap gitu. En suami bayar zakat untuk mak abah dan adik-beradik. Bila masing-masing dah berumahtangga, bayar masing-masing. Cuma mak abah, yang en suami tetap jadikan rutin tahunan bayarkan zakat. PC, babah dan mama juga masa masih ada bawah en suami. Settle.
Tahun kedua puasa di kampung setelah en suami bersara. Tahun kedua juga bebel. Sebenarnya dah pergi beberapa masjid dan surau. Ada juga jumpa amil (bertanggungjawab kutip zakat fitrah).. jawapannya sama.. "belum ada lagi resitnya.. tunggu setengah bulan puasa". Bila balik kampung PC pun gitu juga. Resit belum ada katanya.
Terpaksa bersabar. Akhirnya Jumaat.. haaa. Di masjid tok imam ada buat pengumuman. Siapa nak bayar zakat fitrah dah boleh la. Apa lagi. En suami pun gembira lain macam. Lepas solat Jumaat terus jumpa tok imam. Memang kenal pun dengan tok imam tu. Kawan abah. Ni satu hal lagi.. bila en suami dan beberapa orang lain tunggu nak bayar zakat fitrah.. ehhh tok iman boleh pulak cakap... "saya cakap je, sebenarnya buku resitnya ada kat rumah.. nak bayar datang rumah saya...". Kena prank gituuuu.
Berdesuplah en suami dan beberapa orang lainnya nak bayar zakat fitrah. Bila dah bayar, walau panas teriknya tahap berasap kepala, tetap ceria. Alhamdulillah. Syukur. ZAKAT FITRAH BILA DAH BAYAR LAPANG HATI.
NOTA PC : ingat mama.
Tags:
Santai Peribadi
Alhamdulillah dah selesai bayar zakat
BalasPadam