ZAKAT FITRAH MESTI TUNAIKAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. KALAU SOLAT TARAWIH hanya dilakukan ketika hadirnya Ramadan, begitu jugalah zakat fitrah, hanya dilunaskan dalam bulan Ramadan. Hukum mengeluarkan Zakat Fitrah adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya. Merangkumi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.
Kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan digunakan juga untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya. Kutipan disalurkan kepada golongan yang memerlukan. Alhamdulillah. Pahalanya berterusan. Berpanjangan. Hingga kiamat.
Daripada Ibn Abbas berkata : Rasulullah s.a.w memfardhukan zakat fitrah supaya dengannya membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan … dan memberi makan kepada orang-orang miskin. Barangsiapa yang menunaikannya (zakat fitrah) sebelum solat hari raya maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya selepas solat hari raya maka ia adalah sedeqah seperti sedeqah-sedeqah yang lain.
Kadar zakat fitrah untuk Negeri Johor yang PC kongsikan ni. Maklumlah dah balik negeri sendiri. Alhamdulillah. Benarlah, dalam rezeki kita, ada rezeki untuk orang dan makhluk lain juga. Kita ni cuma perantara satu sama lain. Kira pemegang amanah. Jujur atau tidak sahaja untuk mengagihkan hak atau bahagian yang lain yang ada dalam genggaman atau simpanan kita. Jujur, PC pun ada rasa takut sebenarnya. Takut ada hak orang dan makhluk lain PC ambil atau terambil. Allahuakbar.
Seminggu pertama Ramadan bakal berakhir. Diam tak diamkan. Dalam pada mengeluh dengan panas teriknya cuaca.. alhamdulillah. Tetap kuat semangat kayuh. Beribadah. Kerana Allah swt. Baik sangat-sangat Allah pada kita semua. Kuatkan semangat kita. Rezekikan kita dengan bermacam jenis makanan dan minuman. Betul tak. Bukan mudah mahu memelihara niat yang dilafazkan. Dugaannya bermula dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
NOTA PC : semoga esok diberi kesihatan yang baik boleh terus beribadah.. aamiin.
Tags:
Santai Peribadi
Tiap tahun suami yang langsaikan...hihihi
BalasPadam