BETUL KE PERSIAPAN SYAWAL SUAM-SUAM KUKU JER

BETUL KE PERSIAPAN SYAWAL SUAM-SUAM KUKU JER | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Sebelum ni cari dan beli kuih muih raya, dua minggu lagi nak raya. Bersungguh. Fuhh. Tapi tahun ni dah tinggal berapa hari je nak raya barulah kami gerak. Banyak urusan mengemas di rumah pun buat sikit-sikit. Bertangguh-tangguh. Salah satunya cuaca tersangat terik. Mahu tidak mahu menguras tenaga yang ada dalam tubuh.

Tak boleh jadi. Semakin dekat raya. Nanti semakin sibuk dengan urusan-urusan lain kan.. kan. En suami bawalah PC dengan mertua pergi kedai cari dan tengok mana yang berkenan. Alhamdulillah mana yang okay, terus masuk bakul, bawa ke kaunter, bayar dan balik. Nak cepat-cepat sampai rumah. Nak rehat. Fuhhhh.

BETUL KE PERSIAPAN SYAWAL SUAM-SUAM KUKU JER. Setakat ini, begitulah yang terlihat. Ada jugalah beberapa kedai menjual keperluan tu taukenya sembang dengan PC dan en suami.. orang sangat kurang cari dan beli keperluan untuk raya. Berbanding masa awal nak mulakan sesi persekolahan sebelum Ramadan tempoh hari. Ibu bapa atau penjaga buat persiapan naik sekolah sangat meriah. Teruja.

Bukan tidak buat persiapan langsung cuma mungkin paling sederhana. Kami yang belum ada anak tetap ada keperluan dan kehendak lain duit tu disalurkan. Jangan kata "alah kan tak ada anak.. banyaklah duit.. tak beli pampers.. tak bayar yuran sekolah anak.. tak beli itu ini untuk anak..". Duit orang jangan dihitung ya. Perbelanjaan orang jangan disibukkan. Jangan pertikai itu ini juga. Lagi satu jangan banding-bandingkan. Ingat, rezeki orang tak sama. 

Banding-bandingkan harga. Dulu lagi beli apa-apa mesti bandingkan harga. Murah bukan bermakna tak sedap, tak selesa dan tak bagus kannn. Sebenarnya mana boleh jimat, jimatlah walau seringgit dua. Kalau dulu gitu, apatah lagi dalam situasi sekarang kecuali memang kayangan kot. Duit bukan masalah. Semoga masalah tidak timbul kerana duitlah ye.

Masa beli kuih raya... ramai je makcik-makcik banding-bandingkan harga. Cuma kena rajin pilih.  "Belilah sejenis dua.. cari yang murah-murah tapi sedap.. setiap sen berharga.. ". Inilah yang makcik-makcik tu cakap sambil tangan ligat belek harga biskut raya. Haa gitu. Orang sedang elok tak sesak sangat cuma mungkin cuaca terik tetaplah rasa berbahang. Ya Allah. Dugaan sungguh.

NOTA PC  : kalau tiap bulan Syawal agaknya macam mana ya.. syukur selalu 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Sekarang semua benda mahal.. menangis tengok tapi macam Cuya terpaksa la beli kuih, sebab kita tak membuat kuih

    BalasPadam
  2. so far Cie buat je persiapan macam biasa. untuk meraikan kemenangan kita selepas sebulan berpuasa.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama