DAPAT SAMPUL DUIT RAYA KOSONG BIAR BETUL | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. MOOD RAYA MASIH ON. Puasa sebulan silap-silap Syawal boleh jadi sebulan setengah. Gitulah biasanya kan. Silap-silap bercantum dengan Aidiladha pula nanti. Adududu.
Raya. Raya. Raya. Selamat hari raya. Serba serbi raya. Baju raya. Kuih raya. Semua. Ikut situasi meraikan Syawal. Betullah, kan setahun sekali gitu. Sakan ya. Itu dulu. Satu masa dulu. Bagi PC tidak pada masa dan zaman sekaranglah. Bersakan-sakan. Walau mungkin dulu kini dan akan datang tetap sekan. Tak pe laaaah. Rezeki masing-masing.
Jumpa saudara mara tua muda kecil besar jauh dekat. Masa Syawal ni la berkumpul. Orang baharu. Orang lama. Bersama-sama meraikan Syawal. MasyaAllah. Paling tak lupa bermaafan sesama. Lagi satu du..du..du.. duit raya laaaa.
Al kisahnya DAPAT SAMPUL DUIT RAYA KOSONG BIAR BETUL.. haaaaa. Kena prank. Gurau kasar. Atau sengaja. Entah. Cuma pemberi sahaja yang tahu niatnya apa. Haaa gitu.
Marhaban. Ada abang sepupu jugalah. Dah sekampung kan...dibelah mertua pc tau..baru tahun ni dia beri duit raya pada adik sepupu dan anak-anak buah yang ada bila dia datang rumah mertua. Biasanya dia bagi duit raya bila kita ni ke rumah dia. Aneh. Tapi tak pe. Pantai boleh berubah mengapa tidak manusia. Kan hati kita Allah swt yang jaga. Boleh diubah dan berubah juga.
Siapa tak seronok dapat duit rayakan. Haaa. Rezeki. Buka punya buka kosong oiiii. Sabo jelah. Hahahaha. Esoknya pergi beraya rumah dia.. habis kena kutuk kaw.. kaw punya. Tak ada tawar menawar punya kutuk. Amik kauuu. Dia ketawa sampai menangis. Hurmmm. Nasib dia ganti semula sorang dua sampul dapat. Haaa depan dia terus buka. Alhamdulillah ada isi. Owhhh.. PC cuma memerhati situasi tau. Macam-macam perangai.
NOTA PC : duit raya punya pasal..
Tags:
Santai Peribadi
Dah bercampur2.. Tak perasan pulak sampul kosong..
BalasPadam