MULA HUJAN DI TENGAH PANAS TERIK

MULA HUJAN DI TENGAH PANAS TERIK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. MELEPASI FASA PERTAMA RAMADAN. Lebih dua minggu dah umat Islam berpuasa. Syukur sangat-sangat. Alhamdulillah. Cabaran tidak mudah. Cuaca yang panasnya menggoyahkan iman. Allahu.

Memasuki fasa kedua mudah-mudahan kita semua dapat menyelesaikan ibadah puasa hingga akhir dengan mudah dan mendapat keberkatan dariNya. Aamiin. Memasuki minggu ketiga Ramadan alhamdulillah hujan mulai turun. Awal pagi hingga petang panas memang sesungguhnya terik. Sesudah waktu asar sahaja bermulalah... turunnya rintik-rintik hujan yang bukan main-main. 

Panas dan hujan yang bukan olok-olok. Panasnya boleh tahan. Bila hujan pun boleh tahan. Tak ada isyarat gerimis ke.. terus hujan selebat-lebatnya. Dah beberapa hari ni PC terkedu betis gara-gara bangun tergesa-gesa sambil berlari nak angkat pakaian di ampaian. Fuhhhh. Itu pun ada sekali sempat juga baju basah sikit. Nak tidur pun risau. Maklumlah bila dah tidur. Belum tentu mudah nak sedar.  

Hati-hati bila panas dan hujan berselang seli. Selepas hujan wap atau haba semakin menjadi-jadi. Kadang di situ jadi lebih mencabar ya. Kecuali hujan hingga waktu malam.. insyaAllah sejuknya barulah dirasai dengan seimbang. Dan, bila panas sangat-sangat tu jangan asyik nak mandi ya.. merasuk panas tu. Tak mustahil boleh demam. Terkejut badan. 

Kesimpulannya.. HUJAN DI TENGAH PANAS TERIK jadi nikmat untuk kita semua. Mengurangi rasa terik.. tidak langsung rasa letih atau lesu pun sedikit terhakis. Lebih selesa dan santai. Aamiin. Pokok buah-buahan nampaknya ada yang sedang berbunga lagi ni. Rezeki. Semoga panjang hayatnya. 

Selamat datang April.

NOTA PC  : dapat minum air cincau sedap juga ni..
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama