MULUT MEMANG KENA JAGA

MULUT MEMANG KENA JAGA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. BETULLAH. Bila keluar daripada rumah ke tempat yang ada ramai orang.. mula-mula mulut kena jaga dulu. Sungguh. Apa sahaja dan di mana sahaja pun mulut memang kena jaga. 

Jaga betul-betul bukan jaga main-main sekadar dimulut tau. Mulakan daripada hati niat nak jaga mulut tu. Saya, awak dan kita semua kena jaga mulut. Apa yang dimakan apatah lagi apa yang nak dicakapkan tau.. tau.. tau. Ini memang tak main-mainlah.

Jangan kata nak jaga mulut ni bermusim atau tengok tempat. Tak!!. Bukan kerana nak cover itu ini. Atau nak tunjuk tak pun ikut-ikut. Diri sendiri perlu. Demi kebaikkan dan keselamatan diri sendiri dan orang disekeliling kita juga. Ada orang, kalau orang tu yang tak jaga mulut.. orang tu je yang kena. Ada segelintir orang dia punya ahli keluarga pun diheret juga. 

Atas alasan apa pun itu mulut memang kena jaga. Kata-kata manusia ni tajam dan berbisa. Boleh membunuh juga sebenarnya. Berapa ramai orang yang sedang berusaha bangkit jatuh semula kerana kata-kata manusia. Berapa ramai yang jadi rasa rendah diri disebabkan kata-kata manusia. Kata-kata yang mengaibkan. Kata-kata yang sangat menikam.

Jangan kata orang yang kalah dengan kata-kata orang lain ni lemah.. hati tak kental.. mengada-ngada dan sebagainya.. ingat, setiap orang cara pemikiran dan penerimaannya tak sama. Tapi PC yakin.. sekeras apa pun hati orang.. setebal apa pun cuping telinga orang.. keballah atau kalislah dengan kata-kata.. satu detik dan ada fasanya akan ada rasa sakit hati dengan kata-kata tajam orang lain padanya.

MULUT MEMANG KENA JAGA. Masih berada dalam bulan Syawal. Jumpa ramai orang, hati-hati bila menegur atau bersembang.

NOTA PC  : kata-kata ini doa
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul tu...
    Susah nak jaga mulut nie.. Lagi2 kalau tgh marah... Semoga berjaya menahan mulut dari lancang berkata kata

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama