SAKIT UNTUK DITERIMA BISA UNTUK DITELAN

SAKIT UNTUK DITERIMA BISA UNTUK DITELAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. KIRAAN TAKWIM ISLAM DAN HIJRAH. HARI INI GENAP mama kembali kepadaNya. Jasad menyatu dengan bumi. Roh hidup di alam sana. Dan kenangan tetap segar dengan kami di dunia ini. 

SAKIT UNTUK DITERIMA. Pedih hati. Mengingat 8 Syawal dua tahun sudah. Bezanya dulu pc tiada disisi.. sekarang pc disisi pusara mama. Bicara pun sudah tidak sama. Lebih banyak air mata yang mengalir deras.. sangat deras. BISA UNTUK DITELAN. Ibu yang melahirkan. Menyusukan. Darah daging. Tidak semudah ABC atau hitungan 123 untuk membiarkan ianya mengalir pergi luput dari hati dan ingatan. Mungkin ada yang boleh. PC tak boleh dan tak mampu. 

Setiap tahun menghitung. Setiap kali tarikh ini tiba.. perasaan bercelaru. Serba tidak kena dan serba tidak menjadi. Tsunami emosi. Satu persatu terbayang. Semua terimbas jelas. Banyak peringatan dan pelajaran untuk pc sebenarnya. Benarlah cara Allah mendidik hamba-hambaNya sangat halus namun tajam dan tepat.

Kita ambil. Belajar dan kalau khilaf jangan diulangi. Andai benar teruskan kebaikan itu. Kata orang, sakit melahirkan itu sakit hingga jika mati dianggap syahid. Agama mengajarkan saat ajal tiba.. roh mahu diambil dari jasad sakitnya tidak terucap. Melalui sakaratulmaut semua pasti merasai. Melahirkan belum pc rasai.. tapi sakitnya berpisah kerana ajal.. punnnnnn menginsafkan. Susah nak jelaskan. 

Mengharapkan yang SANGAT-SANGAT terbaik kehidupan mama di SANA. Wahai Allah yang MAHA SEGALANYA... tutup segala aib mamaku kelak. Sebarkan cahaya iman dan taqwa pada setiap inci tubuhnya tatkala menghadapMU dihari perhitungan. Aamiin.

Rindu. 
Sayang.
Al Fatihah. 

NOTA PC  : hilang kata-kata terganti air mata berbicara
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama