SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN 1445H | 2024 | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAM. Alhamdulillah. Meraikan hari kemenangan. Seluruh umat Islam.
Cuaca tetap panas terik. Tapi tetap meriah. Meriah sebab ada budak-budak. Biasa gitulah. Selalu yang meriahkan suasana ni budak-budak. Orang dewasa ni macam acuannya sahaja. Biasa-biasa sahaja. Bukan tak teruja cuma tahap terujanya pada paras yang pasrah segenap hal.
Air masak atau air kosong jadi pilihan tetamu. Cuaca panas terik tekak pun sentiasa dan mudah kering. Kerap dahaga. Bukan air manis tak laku, laku je cuma Air masak atau air kosong jadi pilihan dan tumpuan ramai tetamu.
Sekejap panas terik. Sekejap hujan. Hujan yang sekejap tidak menampung bahang sinar matahari yang teriknya bukan main sejak awal pagi. Dulu bila sebut awal pagi mesti terbayang dengan kesejukan. Tapi sekarang awal-awal pagi pun dah panas berbahang.
Bila jumpa, bual yang lebih. Makan kuihnya tak seberapa pun. Lagi-lagi bila rapat tapi jarang atau lama tak jumpa. Haaa tudia laa jawabnya. Sembang sampai tekak kering. Seronok. Kegembiraa yang dipinjamkan manfaatkanlah sebaik-baiknya.
NOTA PC : ada yang cari kuih batang buruk
Tags:
Santai Peribadi
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
BalasPadamMaaf Zahir Batin dari PH 🌹
Pergi beraya pun bawa bekal air dlm kereta :)