SETIAP ORANG ADA PAKEJ

SETIAP ORANG ADA PAKEJ | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. DULU-DULU biasanya kalau satu.. satu tu je la. Berubahnya zaman. Berbezanya suasana dan situasi, semakin ramai yang bijak. Bila ramai orang bijak, maka beraneka la idea dan cara. Begitu. Begini. Mana yang baik atau positif, sokong dan ikutkan je.

Kalau barang, bila waktu ada promosi..  nahhhh. Sungguh-sungguh meriahnya. Rambang mata. Psikologi harga. Menarik sampai tertarik. Bila hati tertarik jarang tak beli walau satu.. dua.. kadang beranak tiga.. empat. Gitulah. Siap pakej. Mahunya tak suka. Untung.. untung. Lagi kalau keluarga besarkan. Haaa.

SETIAP ORANG ADA PAKEJ
Allah swt cipta kita dengan pakej masing-masing.  Setiap makhluk ada istimewanya tersendiri.

Cerita pasal pakej, sama jugalah macam kita manusia dan tidak terkecuali makhluk yang lain tau. Masing-masing ada pakej tersendiri. Adik beradik ke. Sepupu ke. Saudara mara ke. Tetap ada pakej tersendiri daripada lahir sampilah kembali kepada Pencipta.

SETIAP ORANG ADA PAKEJ. Terimalah hakikat. Setiap kita memang kena terima hakikat. Maksudnya setiap manusia ada sifat, watak, prinsip dan sebagainya la sendiri. Kalau ada adik beradik lebih daripada seorang, mesti boleh tengok dan boleh perasan. Perbezaan satu dengan yang lain. Kalau anak tunggal pun, orang sekeliling dia yang rapat akan perasan juga sebenarnya. 

Kesimpulannya mana yang suka beza-bezakan. Banding-bandingkan. Haaa dah boleh berubah laaaa sikit-sikit ya. Kadang kita buat kuih pun hujung kejadiannya tak sama. Tak gitu. Walau dari bancuhan atau guna acuan yang sama. Begitu juga manusia biasa ditambah dengan pengalaman hidup dan sebagainya. Tentu sahaja ada fasa perubahan yang berlaku.

NOTA PC  : semakin tua bukan ukuran semakin matang berfikir..
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama