HUJUNG SYAWAL KEMARUK KUIH RAYA

HUJUNG SYAWAL KEMARUK KUIH RAYA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. BILA SIKIT MEMANG SEDAP. Masa tengah ada, tengah banyak kadang tak dimakan pun. Gitulah biasanya. Tak bersungguh makan. Bila dah nak habis, lain pula ceritanya. Mungkin PC sahaja macam ni. Atau memang gini. Risau dibuatnya. 

Risau. Haah risau. Sebab hujung Syawal dah ni. Diam tak diam Syawal dah nak melabuhkan tirainya. Panjang umur. Ada izinNya dan rezeki bertemu lagi Ramadan dan Syawal 1446H pula. InsyaAllah. Aamiin. Okay, berbalik pada tajuk.. HUJUNG SYAWAL KEMARUK KUIH RAYA. Nahhhh. Haaa. Biasa awal raya, sibuk. Saudara mara datang. Masak untuk tetamu. Adik beradik berkumpul. Mahu tidak mahu badan memang letih.

HUJUNG SYAWAL KEMARUK KUIH RAYA
Bahulu Ikan

Badan letih. Otak letih. Poket letih. Ehh.. badan letih buat kerja lebih. Otak letih fikir nak masak apa la bila tetamu sudi nak datang. Pulak dah beritahu awal-awal. Tak masak tak sedap pulak. Boleh je makan kuih. Minum air. Cuma kita ni dah jadi macam adat turun temurun. Jamu menjamu tetamu. Walau bihoon bodo-bodo. Tak gitu. Memang penat. Alah bukan PC sorang yang penah. Semua orang penat bila raya-raya ni. All out gitu. 

Salah satu sebab juga tak hirau sangat kuih muih raya yang ada. Betul-betul jelas tengok kuih raya bila pergi beraya rumah orang. Haaa. Masa tulah teruja nak makan kuih raya. Orang lain menyembang kita sendiri ngadap cepu kuih raya pun jadiiii. Kayuh je. Beres. Lagi kalau ada kuih kegemaran. Haaa. Jawablah. Sekarang ni dah hujung-hujung sangat Syawal. Bila dah kemas semua. Baharulah sibuk selongkar bekas isi kuih.

Betullah, bila dah habis raya.. saki baki kuih yang ada nilah yang sedap lain macam. Tak tipu. Serdak pun serdaklah. Apa ada hal. Janji ada. Mahu tonggengkan bungkusan kuih yang ada. Biskut raya yang dah tinggal habuk pun rasa,, ya Allah.. sedapnya. Haa gitu. Melampau. Itu kalau ada. Kalau tak ada... termenung ku sendiri la jawabnya. 

NOTA PC  : rezeki dapat makan ketupat lagi.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama