SELESA MASING-MASING

SELESA MASING-MASING | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Assalammualaikum. LEGA HUJAN KERAP TURUN. Tidak mengapa tidak hujan hari-hari asalkan ada hujan walau berselang beberapa hari. Syukur. Bukan tidak syukur. Bukan mengeluh tetapi begitulah hakikatnya. Bila diuji dengan cuaca panas terik. Ada masa mengeluh lebih banyak berbanding istighfar pada lisan. Allahuakbar. Apalah. Ini masih di dunia. Bayangkan di akhirat jarak matahari atas kepala cuma sejengkal. Mahu membayangkan pun takut. Ya Allah. 

Selesa masing-masing. Cuba tanya pada diri sendiri. Tanya dalam keadaan tenang hati dan lapang fikiran. "Aku selesa tak?". Selesa segenap sudut.. atau mungkin selesa bahagian ini tetapi tidak selesa pada hal yang lain pula. Tidak hairan jugalah kalau memang jenis individu yang mudah berasa selesa dalam apa pun situasi. Bukan tidak ada citarasa atau perasaan.. tapi memang easy going gitulah lebih kurang. Adakan jenis individu begini. Mudah beradabtasi dengan apa sahaja situasi.

Tetapi kita hidup ini tidak sentiasa bertemu dengan orang yang mudah beradabtasi dengan persekitaran atau orang sekeliling. Diri kita sendiri pun begitu. Tidak dengan mudahnya berasa selesa. Cara dan gaya hidup berbeza. Tentu sahaja peratus atau kadar untuk capai keselesaan juga tidak sama satu sama lain. Selesa yang macam mana. Tidak selesa yang macam mana. Penilaian lain-lain. Ada banyak faktor yang mempengaruhi. Masyarakat sekeliling. Tahap pendidikan. Cara bersosial. Budaya dan agama. Semua ini memoengaruhi rasa selesa masing-masing. Terutama bagi mereka yang introvert.

Introvert.  Orang yg bersifat suka memendam rasa dan menumpukan perhatian pada dirinya sendiri, tidak suka bergaul dalam masyarakat atau dunia luar. Selesanya boleh jadi berbeza dengan orang lain. Namun apa yang jadi masalah?. Orang sekeliling untuk memahami situasi. Situasi individu tersebut. Selesa masing-masing perlukan kefahaman. Toleransi. Sokongan. Dua hala. Sehala susah menjadi. Silap-silap jadi krisis dan toksik. 

Tetapi jika diberi kebebasan dan disokong, ini sungguh-sungguh menjadi selesa masing-masing. 

SELESA MASING-MASING
Rehat lepas puas bergurau. 

SELESA MASING-MASING
Sama  juga. Selepas gurau dengan kakak. Padahal sempit.

Selesa sangat memerlukan satu keadaan yang buat hati dan fikiran kita tenang. Perasaan kita gembira. Boleh jadi diri sendiri tetapi tidak menyusahkan orang lain. Awak selesa tapi orang lain terseksa pun tidak molek juga. Tidak bererti juga. Sama-samalah. Sama-sama rasa selesa. Kalau  agak-agak ada rasa tidak selesa, cari puncanya kemudian selesaikanlah.

NOTA PC  : Jumaat penutup bulan Mei. Hello Jun.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama