29 JUN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. ENTAH MAHU BERMULA daripada mana. Mulalah daripada mana pun air mata ni macam bertong-tong air tetap bocor walau cuba ditampal berkali-kali.
Ringkas sahaja untuk kali ini. Ringkas pada coretan. Tapi tidak pada setiap jalan cerita dan kenangan bersama yang ditinggalkan. Kata orang.. ya kata-kata orang.. jangan sebut "kalau". Itu tanda tidak reda. Memang begitu ya. Bagi PC, "kalau" itu bayang rasa yang dirasa-rasa. Bukan TIDAK reda. Bayangkan beginilah.. ketika mencari atau mengatur solusi. Tentu ber "kalau-kalau".
29 Jun. Hari ini ulangtahun kelahiran mama sewaktu mama masih ada. Ya, sekarang ia tidak bermakna lagi untuk mama tapi tetap diingati oleh kami di sini. Sekarang, ada yang lebih bererti dan didamba mama. Bukan lagi ulangtahun kelahiran. Betul.
Dulu setiap ucapan dibalas juga dengan ucapan. Sekarang setiap ucapan disambut dengan cara berbeza. Adakala desiran angin seolah mengerti membawa kiriman ucapan untuk disampaikan. Dulu membelai lembut sepasang tangan. Kini menyentuh lembut nisan dan kerikil halus di pusara.
Rindu ini tidak mahu pergi
Sebaliknya sering bawa aku ke sini
Selamat ulangtahun kelahiran ma. 68. Sekadar 65 yang Tuhan izin. Semoga mama LEBIH BAHAGIA di SANA. Sangat-sangat BAHAGIA hendaknya. Jua rindu mama. Sangat-sangat. LOVE.
NOTA PC : AL FATIHAH
Tags:
Santai Peribadi