BUAH MANGGIS MULAI MASAK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Assalammualaikum. SETELAH SEKIAN LAMA POKOK MANGGIS berdekatan depan pintu rumah babah tidak berbuah.. alhamdulillah tahun ini berbuah dia. Syukur. Mula-mula yang sedar ada putek PC. Cakap dengan babah pun babah ketawakan. Babah risau anaknya tipu dia. Sebab dah pernah terjadi.
Oleh kerana lama sangat-sangat tidak berbuah. Bila nampak ada puteknya mahunya tidak teruja. Jangan main-main. Senyum hari-hari. Apa je yang tak diusahakan. Pangkas sudah. Tabur baja. Tabur garam. Orang kata suruh tetak-tetak sikit-sikit. Ajak bercakap. Bila semua tidak menjadi, hujungnya PC cakap dengan babah, "ba, agaknya pokok manggis ni kena selalu diasapkan lahh..". Jadi setiap kali babah nak bakar daun kering, bakar berhampiran dengan pokok agak-agak asapnya boleh kena seluruh pokok manggis ni. Kalau PC nak bakar kertas ke.. pun sama juga.
Pokok manggis ni benihnya mama yang semai. Pokoknya pun mama yang tanam juga. Air tangan mama. Semoga pahalanya mengalir terus untuk mama. Sesekali ada juga terfikir nak potong separuh biar rendang tapi tak jadi. Ingat mama. Sayang rasanya. Biarlah. Kalau pun tak berbuah tapi mewah dengan kenangan manis. Alhamdulillah.
Setelah 2 tahun mama pergi, BUAH MANGGIS MULAI MASAK.. buang sampah, tengok ada kulit manggis kosong dah masak di tanah. Bila dongak ke atas.. eh, tak nampak pula ada buah yang dah masak dan boleh dipetik. Misteri sungguh. Balik-balik jadi seram sendiri. Pagi esok pun gitu lagi. Semakin bertambah kulit manggis yang bersepah. Hurmmmm. Musang ke. Tupai ke. Tak puas hati. Tunggu. Babah pun pelik tengok anaknya.
Rezeki sudah ditentukan. Rezeki nampak tupai tengah menikmati buah manggis. Rezeki dapat sebiji yang masak dan layak dipetik. Haaaaa. Bukan main comel tupai makan manggis atas pokok awal pagi. Patutlah mulus, sarapan buah rupanya awal pagi. Ya Allah. Ya Razzaq. Sambil petik guna penyangkuk khas yang babah sediakan, sambil senyum sendiri. Sambil bercakap dengan tupai. Tupai satu. Ummi satu ya. Jangan makan semua tau, bagi atok dengan abi rasa juga ya tupai baik hati. Hahahaha.
Esok pagi, en suami pula yang mencari, tengah lalu bawah pokok manggis, ada yang jatuhkan kulit manggis atas kepala. Hahaha. Laaaa tupai tengah makan manggis lagi. Bertuah betul. Kata en suami, tupai tu berjoget atas pokok. Seronok agaknya. Takpelah. Tetap dapat sebiji dua untuk en suami nikmati. Babah suka kutipkan tapi kurang suka makan manggis. Kalau dengan tupai babah tak berapa nak marah. Tapi kalau dengan monyet mahu bebel setengah hari. Bila dah mula masak... alhamdulillah. Cuma rezeki siapa, rahsia Allah swt.
NOTA PC : durian tak dapat makan.. diserang monyet dan lotong
Tags:
Santai Peribadi
Kat kampung Cie banyak kera. Tak merasa la nak makan buah kalau tak jaga. Dorg dulu habiskan sebelum masak.
BalasPadam