PERSAINGAN DAN REZEKI

PERSAINGAN DAN REZEKI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Assalammualaikum. KECOH SANA SINI harga diesel naik. Memang tidak semua orang menggunakan diesel. Memang sangat-sangat betul. Kalau ada yang bercakap dengan PC depan-depan pun, PC sokong dan percaya. Bertegang urat macam mana pun.. dipihak mana pun, setiap perubahan harga tentu sahaja akan ada perubahan dan kait mengait dengan yang lainnya. 

Betul atau cuma rekaan. Diesel naik harga. Harga barangan atau keperluan lain turut naik. Ini fakta. Mungkin bagi orang yang tidak berbelanja ianya bukan isu atau tidak menjadi masalah. Tetapi bagi sesiapa yang rutinnya berbelanja untuk keperluan rumah dan sebagainya, sangat pasti dia terkesan. Kalau sebelum ini sudah terkesan dan rasa terbeban, sekarang lebih-lebih lagi. 

PERSAINGAN DAN REZEKI
Alhamdulillah berbuah lagi. Cempedak dalam sempadan bukan luar pagar. Ehh.

Persaingan dan rezeki. Betul. Persaingan sangat sengit dalam mencari rezeki. Terutama para peniagalah. Lori, kontena, kenderaan berat yang mengangkut barang keperluan guna diesel. Kos. Jadi harga barang naik yang hujungnya terkait pada pelanggan, pengguna atau pembelilah. Atau ini cuma fikiran PC sahaja. Sebabnya kedai kuih hujung kampung pun komplen. Harga barang mentah naik. Bila dia tanya pada kedai, orang kedai kata pembekal kata harga kena naik nak tampung kos minyak kenderaan. Kan ada bantuan.. betul.. tapi untuk tampung dua hala perjalanan sahaja (pergi-balik).. selebihnya?. Termenung dibuatnya.

PERSAINGAN DAN REZEKI
Setelah lebih 4 tahun tidak berbuah, alhamdulillah tahun ini Allah izin berbuah. Jiran dengan cempedak ni.

Rezeki sentiasa ada bezanya bertambah atau berkurang. Kenapa berkurang. Kenapa lebih. Ada kaitannya dengan diri kita sendiri dan kasih sayang Allah swt juga. PC percaya begitu kerana antara hamba dan Pencipta ada komunikasi dua hala dengan cara yang berbeza. Kita ni usaha. Minta dalam bentuk doa. Allah swt beri pula dalam pelbagai bentuk dan jenis dengan pelbagai cara. Satu je kena faham. Rezeki ni bukan duit sahaja.

PERSAINGAN DAN REZEKI. Manusia siapa pun. Boleh berlumba-lumba. Bersaing satu dengan yang lain. Seandainya mahu dalam reda Allah swt, bersainglah dengan cara yang betul dan bersih. InsyaAllah boleh. Bukan apa, kerana hujungnya ada rezeki yang akan menjadi darah daging. Di dunia boleh jadi alasan yang direka menjadi benteng walau ianya bak racun dan duri yang terpaksa ditelan orang lain. Ingat, tidak di akhirat kelak. Setiap alasan ada soalan lain yang perlu dijawab kembali.

NOTA PC  : Salam Aidil Adha. Boleh jadi sedikit pengorbanan yang kita lakukan hari ini dampaknya besar untuk masa akan datang.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama