BERGUNA DENGAN FUNGSI MASING-MASING | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum. ZIARAH PUSARA MAMA. Assalammualaikum ma. Redup. Nyaman. Angin lembut bertiup. PC datang dengan en suami. Bunga rumput. Unggu. Putih. Salah satu warna kegemaran mama. Unggu. Putih salah satu warna kegemaran PC.
Rumput berbunga indah. Menyemak pada pandangan mata. Tapi tidak semua beranggapan begitu. Tidak PC. Walau bunga rumput, tetap indah. Suka!. PC yakin, sesuatu yang Allah swt cipta dan izin hidup tentu ada peranannya. Menghiasi muka bumi. Kadang tu, bunga daripada rumput lebih menarik perhatian dan dijadikan hiasan dalam rumah. Cuma kita sahaja yang mungkin kurang tahu. Ada ramai manusia kreatif. Ramai sangat-sangat.
BERGUNA DENGAN FUNGSI MASING-MASING. Sekecil apa pun itu, hal atau benda, tetap sahaja ada gunanya. Setiap apa yang ada, akan ada fungsinya. Cuma kita tahu atau tidak tahu sahaja. Jangan memusuhi. Jangan dimusuhi. Benar, bila keterlaluan akan menjadi dan menyebabkan semak samun. Menganggu keadaan sekeliling kuta. Sekadar mana perlu dibuang, racun dan sebagainya.. lakukanlah. Untuk kebaikan dan kebersihan juga. Betul ke tidak. Wajarlah.
Kadang kita tengok dan setahunya kita itu sekadar rumput. Walhal itu pokok akar kayu. Rupa-rupanya ada banyak kegunaan dan fungsinya. Kita akan tahu kemudian cari bila Allah swt uji dengan penyakit. Penyakit yang penawarnya apa yang kita fikir itu rumput atau pokok liar semata-mata. Kenapa PC kata setiap yang Allah swt hidupkan ada FUNGSINYA.. sebab, kalau tidak berguna pada kita manusia... ianya berguna pada haiwan atau muka bumi ini sendiri.
Tuhan cipta bukan saja-saja. Untuk kita sekalian merasai nikmat dan belajar sesuatu. Mungkin ada masa tertentu kita rasa ianya tidak perlu. Mengapa ada kemudian menyulitkan.. tapi pernah atau tidak kita sedar, ianya menjadi habitat. Ianya menjadi pelindung. Hakikatnya kita juga memerlukan. Justeru, ada yang perlu dipulihara dan ada yang mesti dipelihara. Tanggungjawab bersama-sama. Andai banyak kediaman manusia dibangun atas derita dan musnahnya kediaman makhluk lain seperti haiwan, jangan sesekali marah jika haiwan-haiwan ini merusuh dan seolah-olah membebani manusia. Punca?.. M A N U S I A.
NOTA PC : Isi akal dalam otak
Tags:
Santai Peribadi