HALAMAN YANG DITINGGALKAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum. SEKEJAP PANAS TERIK. SEKEJAP LAGI HUJAN LEBAT. PANAS SEMULA. HUJAN LAGI. Sekejap gembira. Ada masa sedih juga. Tidak sentiasa gembira. Tidak selalu sedih.
Halaman yang ditinggalkan. Masih macam dulu-dulu. Memang ada perbezaan susun aturnya tapi yang ditanam tetap masih ada kecuali mati sebab sudah terlalu lama. Walau dijaga. Memang sudah tiba waktu.
Pasu bunga masin tersusun rapi. Mana masih dalam pasu, di situlah. Mana pasu sudah pecah, dipindahkan ke tanah. Tapi tetap awal dan asal sentuhan mama. Mama peminat pokok. Bunga tak kira apa. Sanggup beli. Ya Allah. Hobi. Kadang jadi risau dibuatnya.
Sekarang halaman yang ditinggalkan, tetap terhias dengan pelbagai bunga-bungaan. Pokok-pokok bunga. Ada yang mama beli dan ada yang benihnya tukar-tukar dengan saudara mara atau jiran tetangga. Setiap sudut pandang boleh terbayang mama tengah merapikan pokoknya. Allahu.
"Ini semua peninggalan mama.. air tangan mama yang mengurus" - babah
Mama tahu PC kurang minat tanam pokok bunga. Tapi lebih minat tanam pokok buah-buahan. Entah kenapa lama kelamaan bila kerap bantu babah mengurus pokok-pokok tinggalan mama, ada satu rasa.. ada naluri rasa suka. Suka nak sambung apa yang mama tinggalkan. In sya Allah.
NOTA PC : rasa selalu mama ada
Tags:
Santai Peribadi
urus bunga lama lama memang jadi jatuh cinta.suka tengok dia kembang mekar
BalasPadamWahhhh..Byknya bunga.. =D
BalasPadamPenampakan bunga kenanga di situ. Wangi baunya.
BalasPadam