JELAS | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. SEHARI DUA ini tidak hujan. Panas terik. Alhamdulillah. Gelap gelita. Mendung. Tiupan angin kencang. "Wah, nak hujan ni..". Rupa-rupanya tidak. Awan gelap berarak perlahan-lahan di bawa sang angin. Jangkaan manusia tidak sentiasa tepat mengena.
Memang jelas. Jam 7 petang masih terang. Hati girang bila masih lagi boleh di luar rumah sambil melihat bulan yang sudah jelas kelihatan. Cantik. Babah pergi surau. En suami pergi surau, PC ni sambil tunggu anak bulu masuk dalam rumah mereka, lensa difokus pada biru langit yang cahaya bulan sudah jelas kelihatan. SubhanaAllah. Allahuakbar. Alhamdulillah.
Nikmat mata yang melihat. Walau sedikit nikmat telah Allah swt ambil semula. Rabun. Setiap hari berdoa semoga mata ini pilih untuk melihat yang baik-baik sahaja. Nampak yang elok-elok sahaja. Sentiasa. Jelas pada perkara yang positif. Sangat penting jelas itu. Apa pun perkaranya.
Jelas itu penting?. Sangat-sangat. Banyak perkara tidak baik boleh dielak bila jelas. Tidak buruk sangka. Tidak sakit hati. Tidak timbul fitnah. Ada banyak kebaikan bila semuanya jelas. Syaratnya jelaskan betul-betul. Jangan jelaskan tapi banyak simpang. Banyak simpul. Banyak selindung. Memang jelaskan tapi disebaliknya banyak yang diselindung. Nampak ke tidak bahayanya.
Banyak yang telah jelas. Telah DIA TUNJUK dengan sangat-sangat jelas. Cuma manusia buat-buat macam sekadar bias. Tidak pasal-pasal banyak yang tanggung bekas. Jelas bukan boleh ditutup. Kalau pun boleh disamar-samar tetap yang jelas terkuak paling hadapan dan cergas. Ramai yang cerdas.
NOTA PC : perhati je
Tags:
Santai Peribadi