KENAPA JANGAN BUANG CILI KERING ATAU BUSUK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum. MINAT. Ada yang semulajadi. Ada yang disemai kemudian dipupuk dan digilap. Betul ke minat ni tidak boleh dipaksa-paksa. Tidak boleh juga ditahan-tahan. Bila dipaksa jadi tekanan. Bila ditahan-tahan jadi gangguan. Tapi mesti diacuankan atau dilentur. Memang kena.
Mama peminat pokok bunga. PC dan babah saksi hidup. Nyata. Memang agak sukar dibendung. Benih pokok bunga. Ada yang minta. Ada yang beli. Ada yang jiran beri tanpa diminta sebab tahu mama suka. Satu hal ini tidak menurun ke PC. PC lebih suka pada pokok yang ada hasil.. hasilnya boleh dimakan. Gitu. Tak kisahlah pokok buah-buahan ke.. pokok sayuran ke. Rasa seronok bila Allah swt izin keluar hasil. Alhamdulillah.
Hati bukan milik hamba dan makhluk. Bila-bila masa boleh dibolak balikkan. Sangat mudah. Luar jangka manusia dan makhluk tapi dalam izin dan genggaman Allah swt. Dua tahun dua bulan mama dah tiada dengan kami. Jasadnya. Selain itu tetap sahaja masih sangat dekat dengan kami. Sekarang PC yang kerap jaga pokok bunga mama. Setiap pokok dalam pasu ada kisahnya. Babah boleh ingat satu persatu. Lama-lama PC suka. Suka dengan pokok-pokok bunga. Setahun pertama, semua hambar. Tawar. Hilang semangat. Ada juga pokok bunga yang mati. Pasu dibersihkan. Disusun. Sikit-sikit bangkit. Mula semula. Tetap tidak sama. Tidak!
Ingat.
Salah satu pesan mama. Kalau ada cili yang dah kering atau busuk jangan buang. KENAPA JANGAN BUANG CILI KERING ATAU BUSUK?... bijinya bermanfaat. Boleh jadikan biji benih. Kalau nak beli biji benih ada dan boleh. Cuma mana boleh jimat.. jimatlah. Baik ma. Ini yang PC praktikkan. Selalu buat cuma selalu kandas tengah jalan. Sebab tidak sentiasa di rumah. Babah pun ada masa ke surau. Waktu begitulah dugaan datang. Bukan anak pokok je dicabut. Pasu pun diangkut. Ya Allah. Takkan dia pun nak tanam pokok jugakan. Hurmmmm. Ada masa tak semua stok cili habis. Kadang ada yang kering. Busuk. PC pun buat macam mama buat dulu-dulu.
Biji lada kering pun mama suka kumpul. Bila dah banyak.. tabur di tanah bakar. Alhamdulillah hidup. Banyak. Dapat bagi jiran-jiran. Membantu juga sikit-sikit tak perlu beli lada. Biji lada kering. Bila dah berbuah jadi lada basah besar. Haaaa. Pun boleh laaa. Bila tengok ada pasu kosong.. PC mula lagi semai biji cili. Bissmillah. Seronok ya bila tengok hasil. Bahagia lain macam. Syukur.
NOTA PC : bercucuk tanam jadi terapi
Tags:
Santai Peribadi
Minat juga menanam tetapi masa terlalu mencemburui...
BalasPadam