MAKAN TEBU TAK INGAT DUNIA SEMENTARA

MAKAN TEBU TAK INGAT DUNIA SEMENTARA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Assalammualaikum. EN SUAMI beli air tebu. Pakcik yang jual air tebu tu siap bagi pucuk tebu suruh tanam. Nanti bila dah tumbuh, panjang dan layak tebang, jual semula dengan dia. Gitu. Ada sedikit tanah di hadapan rumah, atau lebih tepat.. tepi parit, en suami tanamlah tebu di situ. Alhamdulillah tumbuh. Cantik je. Ada laa beberapa rumpun. Tetapi, umurnya segini, patah pula semasa en suami bersih-bersihkan buang daun keringnya. Potong. Bawa balik. Tapi ruasnya belum panjang pun lagi. 

Aduhai. Terliur la pula. Geram tengok. Pula tebu ni ada aroma yang wangi dan manisnya tu. Ya Allah. Bila tengok tebu ni terus banyak kenangan manis mendekat. Jelas. Senyum sendiri. Babah balik ngeteh pun tanya kenapa tak kokak tebu macam dulu-dulu. Sebab babah tahu seberapa fanatik PC dengan tebu. Pula mama pun sama. Padahal PC tengah imbas kenangan manis. PC, mama dan sepupu-sepupu yang sekepala. Hanto tebu. 

MAKAN TEBU TAK INGAT DUNIA SEMENTARA

Tebu telur. Tebu hitam. Kalau betul-betul serasi dan menjadi buncit dan panjang ruas-ruasnya tebu telur ni. Kalau tebu hitam tak buncit tapi ruasnya memang panjang-panjang. Tebu telur ubat tekak. Tapi kalau tebu hitam ni memang ada kegunaan dan khasiat yang tersendiri dalam merawat beberapa penyakit. Tapi tebu hitam ni susah nak dapat. Mungkin ada ladang tebu hitam ni tapi PC yang tidak mengetahuinya. Lagi-lagi untuk tujuan perubatan atau pasaran eksport. 

Kenangan sungguh. PC memang suka minum air tebu. Suka juga makan tebu. Maksudnya dapatkan air tebu guna proses tradisional. Kupas kulitnya guna gigi. Patahkan tebu guna gigi. Kokak tebu. Kalau dengan mama, biasanya mama buang kulit. Potong ikut setiap ruas. Dipotong lagi seinci atau dua inci. Masuk dalam mangkuk. Cantik. Mudah nak makan kata mama. Tapi mungkin PC ni dah terpengaruh dengan sepupu-sepupu. Mereka pun suma makan tebu. Rumah atok nenek. Rumah jaie nyaie memang ada tanam tebu. Haaaa. Terutama sepupu-sepupu PC belah babah. Kami rapat.

Gigi patah. Bibir koyak luka berdarah. Badan gatal-gatal kena lugut pada daun tebu. Jari luka kena tepi daun tebu. Apa sahaja kami dah kena. Belum lagi hampas tebu terselit pada gigi sampai berdarah jerit-jerit nangis. Ya Allah. Masa tu semua kecik-kecik lagi. Tapi ya laahhhh.. rasa ingin tahu tu tinggi. Bersyukurnya arwah nyaie layankan je. Luka dicuci. Disapu minyak gamat. Nangis pun sekejap. Adik nangis abang sepupu pujuk. Abang luka adik tukang tengok nyaie sapu ubat. Halahhh tak sampai 30 minit, masing-masing sambung kokak tebu lagi. Tebu dan durian antara yang menyumbang kadar kemanisan yang sangat tinggi. Tebu diproses menjadi gula pasir. Bagi yang mengalami masalah kesihatan, obesiti atau diabetis, usahakan kurangi pengambilan gula putih. Air tebu atau buah durian. Bukan tak boleh langsung tapi, kawallah ya.

MAKAN TEBU TAK INGAT DUNIA SEMENTARA. Eh dulu tidur siap peluk tebu. Apa nak jadilah agaknya. Sekarang semua dah dewasa. Sudah tua pun. Kenangan dan pengalaman menjadi panduan.
 
NOTA PC  : ada "masa" yang dirindui.. sekarang semua dah dewasa.. tua. 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama