MUKADIMAHNYA SUDAH ADA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Assalammualaikum. Sedikit nikmat. Banyak menjadi musibah dan dugaan. Biasa disebut-sebut. Kalau api, kecil kawan. Bila besar lawan. Begitu juga dengan air. Kecil dan sedikit kawan. Bila bah, maka lawan dan dugaan. Hakikat.
Alhamdulillah sudah masuk bulan Julai. Hello Julai. Syukur. Memasuki bulan ketujuh 2024. Kena sentiasa bersyukur kerana Allah swt masih lagi rezekikan umur dan nyawa untuk kita semua menikmati segenap rezeki. Sedikit. Banyak. Tebal. Tipis. Alhamdulillah.
KERAP hujan. Tidak kira masa. Rutinnya sekarang mula senja bawa hingga tengah malam. Kadang bawa hingga awal pagi esok pula. Alhamdulillah. Tapi jujurnya, risau tetap ada. Walhal, kita hamba tidak perlu risau. Tapi dah namanya manusia.. macam-macam rasa ada. Tipulah kalau PC tak ada rasa risau. Lebih-lebih lagi bila hujan semakin deras dalam waktu yang lama. Allahuakbar.
MUKADIMAHNYA SUDAH ADA. Memang sudah tercatat dikalendar salah satu peristiwa mesti tahunan sebahagian besar negeri yang ada di Malaysia. BANJIR!!. Tidak terkecuali Negeri Johor. Termasuk daerah Batu Pahat. Justeru itu, bila hujan berterusan.. degup jantung laju lain macam. Doa minta tidak terlibat banjir memang tidak lekang. Sungguh!!.
Banjir kilat. Banjir termenung. Tidak kira yang mana tetap meninggalkan kesan yang mendalam. Akan ada rasa fobia yang tersendiri walau sudah ditempuh berkali-kali. Sebab hujan ni sukar diramal. Ramalan kaji cuaca mungkin boleh dijadikan sempadan tapi sebahagian besar peratusnya tetap sahaja atas izin Allah swt.
Bersedia, tidak terjadi. Tidak bersedia itu yang berlaku. Sekalian alam semua bawah pentadbiran Allah swt.
NOTA PC : kita bukan sesiapa tanpa DIA.
Tags:
Santai Peribadi
Betul sgt. bila hujan tak henti2. hati mula risau. takut sejarah berulang kembali di shah alam. even kwsn rumah kita tak terjejas, tp kesian dgn org lain.
BalasPadambetul ~ nasib la sy tinggal jenis apartment. byk kawasan sebelah daerah tenggelam dek banjir especially Penampang, Sabah. harap2 semua dipermudah urusan
BalasPadam