SIAPA SALAH SIAPA BETUL

SIAPA SALAH SIAPA BETUL | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Assalammualaikum. SUSAH MENGAKU. Ibarat kata-kata sindiran dan peringatan.. mana ada orang berak tengah jalan sukarela mengaku. Kalau mengaku memang cari dan minta penyakit. Kecuali terrrrrberak. Ha, itu terrr ya.. terrr. Kebarangkalian mengaku ada dan cerah.

Orang buat salah, susah nak mengaku dia buat salah. Sebab rasa ego dan rasa sentiasa betul tebal dalam diri. Ingat senang-senang ke nak mengaku.. "ya saya buat salah.. memang saya yang buat.". Tidak semudah itu melainkan ada jiwa yang besar dan pemikiran yang luas. Banyak pertimbangan yang telah dilakukan. Berani kerana benar. Takut kerana salah. Lagi satu sebab berani mengaku kerana takut dengan azab api neraka.

Siapa salah. Siapa betul. Hak mengaku betul sebab memang betul. Hak mengaku betul sebab nak selamatkan diri. Hak menuduh ada salah sebab memang bersalah. Hak mengaku salah sebab berani buat berani tanggung. Setiap individu ada haknya. Sebenarnya bukan cuma manusia, tapi setiap makhluk ada hak masing-masing  yang kita kena hormat dan akui. 

SIAPA SALAH SIAPA BETUL
Walau cahayanya kecil dan sedikit tetap terang kerana dipagari gelita 

Siapa salah. Siapa betul. Cara. Kadang nampak salah, sebenarnya betul. Sekali imbas betul. Tapi hakikatnya salah. Manusia mudah diperdaya dan terpedaya. Menyelesaikan masalah. Memasak. Menjahit. Antara hal yang sebenarnya TIADA siapa salah. TIADA siapa betul. Sebab?.. masing-masing ada cara atau teknik masing-masing. Sebab itulah menu yang sama tapi kadang rasa berbeza. Tapi tetap boleh dimakan. Tiada yang mati keracunan. Tidak perlu berdebat bersungguh-sungguh sangat.  Hujungnya sakit hati. Buang masa. Bermasam buka. Kurang pahala. Tak gitu. Haaa.

Menuding jadi memang mudah. Macam meludah. Kan mudah. Namun kesannya luar biasa. Siapa salah. Siapa betul. Kadang tidak perlu diperdebat pun. Pilih jalan tengah, serah pada Tuhan tunjuk pada garis waktu yang telah DIA tentu. Memang mungkin lambat sedikit tapi tidak mustahil cepat sahaja ia terbangkit. 

NOTA PC  : musim batuk, selesema dan demam
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Saya ingin berbagi dengan Anda semua di sini bahwa ada peluang besar bagi individu atau perusahaan untuk mengakses pinjaman dari Tuan Pedro, petugas bagian pinjaman yang memberi saya pinjaman sebesar $800,000 untuk membiayai proyek bisnis saya dengan tingkat pengembalian tahunan 2%, Tuan Pedro adalah pria baik hati yang bekerja dengan investor dan mereka juga menawarkan program pinjaman investasi untuk membiayai bisnis bonafide di seluruh dunia.
    Hubungi Tuan Pedro
    Di Email:pedroloanss@gmail.com
    Nomor Whatsappwhatsapp: +393510140339.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama