PERMULAAN BARU SEMENTARA

PERMULAAN BARU SEMENTARA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum. BERTURUT-TURUT KEMATIAN. Saudara mara. Jiran tetangga. Kenalan. Dengan pelbagai sebab. Namun alasannya satu. Sudah tiba waktu kembali ke tempat asal usul. Kembali kepadaNya yang mengizini kita hidup di alam ini sekadarnya. 

Pasti. Memang betul. Mati satu ketetapan atau kitaran yang pasti. Cuma waktu, cara, keadaan dan tarikhnya tidak kita ketahui. Rahsia. Memang rahsia. Tidak lambat. Tidak juga cepat. Sebagaimana DIA tetapkan.

PERMULAAN BARU SEMENTARA
Kediaman akhir sementara

PERMULAAN BARU SEMENTARA. Kematian adalah permulaan satu kehidupan dan perjalanan baharu. Tampa jasad. Cuma roh. Kehidupan roh di alam kubur. Alam barzakh yang jauh berbeza dan terpisah. Tiada harta benda. Tiada saudara mara. Tiada apa yang dinikmati di dunia. Tiada semua. Sebatas tiga atau lima helai kain putih. Sebatas tong isi jenazah itu pun jika ada dan waris mahu. Sekiranya tidak cuma jasad yang menanti hancur dan kain kafan menanti reput. Kecuali dengan izin Allah swt semuanya seperti baru sejam dikebumikan walau sudah puluhan tahun disemadikan.

Ada banyak peristiwa mampu menginsafkan kita. Hal kematian merupakan kiamat kecil yang sepatutnya benar-benar menyadarkan kita hidup ini sementara. Talkin bukan untuk yang mati tapi untuk yang masih hidup. Dunia ni cuma tempat bersuka ria. Bergembira. Akhirat selamanya. Tiada istilah berpatah balik. Tidak ada!!. Sementara. Selagi belum kiamat, selagi itu menanti di alam barzakh. Penamat semuanya tatkala meniti atas titian sirat. Lurus terus menuju syurga. Atau terjatuh tergelincir ke dalam neraka. 

Bila-bila masa. Mungkin semalam dan hari ini kita dengar imam bacakan talkin dengan cukup lantang dan jelas untuk saudara mara kita. Esok lusa orang lain pula dengar imam baca talkin untuk kita. Segalanya mungkin. Cuma PC sentiasa berdoa, agar PC dan insan disekeliling PC, kita semua diambil dan kembali kepadaNya dalam keadaan sudah bertaubat. Bersih. Tenang. Husnul khotimah. Tidak aib ketika diuruskan. Tidak menyusahkan jiran-jiran dikuburan. Setiap amalan jadi jurujawab setiap pertanyaan malaikat. Aamiin.

NOTA PC  :  usahakan baik dipengakhiran
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama