SALAM KEMERDEKAAN KE-67

SALAM KEMERDEKAAN KE-67 | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum. ALHAMDULILLAH. SYUKUR. TERIMA KASIH ALLAH. 31 OGOS 1957 HINGGA 31 OGOS 2024. 67 tahun. Siapa yang menyambut ulangtahun kelahiran.. hari ini satu negara meraikan. SubhanaAllah. 


Tepat jam 12 malam tadi. Meriah dentuman bunya api warna warni. PC tidak ke padang atau dataran berhampiran tetapi tempias dan bias cahayanya terlihat dari kejauhan. Alhamdulillah. Jujur, tidak mahu bersesak-sesak. 

Tidak hadir di tempat-tempat acara sambutan hari kemerdekaan bukan bererti kurang semangat kemerdekaan. Kita warganegara.. di mana pun berada tetap sahaja bersemangat. Sentiasa berdoa agar Negara Malaysia terus dan sentiasa dirahmati olehNya. 

Mendung. Sesekali ada guruh berdentum. Sepi kampung. Ada yang khusyuk duduk depan televisyen dengan keluarga. Menonton acara perbarisan. Tidak kurang keluar ke bandar untuk menyaksikan sendiri majlis dan acara sempena sambutan kemerdekaan yang diadakan. 

Enam. Puluh. Tujuh. Bukan satu jangka waktu yang singkat. Kisah dijajah. Cerita demi cerita dicetak pada naskah-naskah sejarah. Menjadi bahan bacaan dan sumber rujukan. Dulu, negara dijajah dengan bangsa atau kaum. Nyata wujudnya. Fizikal yang sangat jelas. Air mata. Darah. Keringat. Nyawa. Namun sekarang tidak juga main-main. Minda dan jiwa andai tidak diurus dengan baik tidak mustahil terjajah juga. Nauzubillah. 

NOTA PC  : bebas jangan liar
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama