SEJAUH DAN SEDALAM MANA MENGHAYATI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Hidup bertamadun. PERSOALANNYA BENARKAH kita hari ini hidup bertamadun. Benarkah?. Atau sebenarnya segelintir kita yang sekarang ini jauh lebih teruk dan dahsyat cara dan gaya hidup yang dijalani?. Sengaja pilih begitu atas dasar apa?.
Betul. Bebas. Cara hidup masing-masing. Betul juga liang lahat sendiri-sendiri. Bila dah mati tidak boleh urus diri sendiri. Perlukan orang lain yang sudi atas rasa tanggungjawab dan fardhu kifayah untuk mengurus kita. Tak gitu?. Jadi tolonglah, bila dinasihat, dengar. Baik ambil. Jangan terus buang semua. Jangan zalimi orang lain dan susahkan diri sendiri. Bukan di dunia saja tapi kena fikir juga di 'SANA' kelak.
SEJAUH DAN SEDALAM MANA MENGHAYATI?. Bulan Ogos. Bulan kemerdekaan rakyat Malaysia. Sana sini meriah bendera Malaysia. Meriah juga bendera negeri masing-masing. Tidak kurang ada juga bendera daerah. Semangat. Ada pelbagai aktiviti. Setiap tahun. Semarak merdeka. Anak kecil lebih-lebih lagi. Baru mengenal dunia. Baru belajar mahu menghargai kemerdekaan. Ya, itu anak kecil yang masih polos. Sangat lurus.
Jiwa merdeka. Remaja. Dewasa. Tua. Tentu sahaja berjiwa merdeka. Ramai yang berjiwa merdeka. Sungguh-sungguh merdeka. Atau merdekanya itu bersungguh-sungguh. Macam samakan. Tapi kalau tengok betul-betul lain. Pada PC tau. Tapikan mungkin bagi segelintir orang alahhh sama sahajalah. Tak ada bezalah. Tapi zaman sekarang yang merdekanya bersungguh-sungguh ads ramai kadang merisaukan. Merdeka itu bebas. Bebas tidak bererti lakukan semahunya. Semakin berada dalam keadaan bebas semakin mesti menjaga dan berjaga-jaga.
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan
SEJAUH DAN SEDALAM MANA MENGHAYATI?.. Cuba tanya pada diri sendiri. Akan terbit jawapannya. Ala kadar atau sesungguhnya. Biasa-biasa atau luar biasa. Mana kurang usaha lebihkan. Mana hambar dan tumpul, mula semarak dan asah tajamkan. Hidup berTUHAN. Semua tidak kira ditakhta atau singgahsana setinggi apa pun pandang atas DIA YANG MAHA. Satu matlamat berdasarkan syariat. Jagalah akhlak kerana berkeperibadian moleh bukan sesama insan dan makhluk suka, Allah swt pun suka.
NOTA PC : jiwa merdeka.. bebas yang ada had atau batas jangan asyik terbabas
Tags:
Santai Peribadi