SEORANG AKU
Aku
Ya aku
Buntu
Mahu mula dari mana
Banyak
Mula dan berakhir
Mula dan belum tamat
Setiap hari
Baru
Permulaan baru
Atau sebenarnya;
Aku sedang menyambung
.. yang semalam..
.. yang belum jadi..
.. yang begitu begini..
Seorang aku
Banyak mahu
Banyak cita-cita
Banyak idea
Terlaksana
Terbantut
Lebih tepat boleh jadi mungkin;
Kurang usaha
Seorang aku
Banyak memilih;
Diam. Senyap. Sepi
Cukup aku memandang
Cukup aku mendengar
Ada masa ambil bahagian
Ada masa tinggal sebahagian
Ada masa tinggal terus bawa badan
Tetap hamba
Khilaf di mana-mana
Namun tetap berharap
Mampu bergerak bebas
Di-syurga-Nya
Seorang aku
Belajar lebih sedar
Hidup tidak selama
SEMENTARA
Tapi seperti terjerat dalam agenda
Agenda manusia
Mulut kata hidup seketika
Namun perbuatan bagai hidup selamanya
Seorang aku
Ada rasa takut
Kehilangan
Kematian
Semua rasa berbaur
Sedar semuanya AKAN TERJADI
Hati masih rapuh
Lebih tepat iman masih kurang kukuh
Seorang aku
Sesaat kuat sangat
Sedetik lemah teramat
Hari ini gembira sangat
Esok sedih tanpa syarat
Seorang aku
Sedang merindu
Mengharap redha
Mendamba rahmat
Dua kehidupan
Dunia
Terlebih lagi akhirat
NOTA PC : selagi nadi berdenyut
Tags:
Santai Peribadi