SETIAP DETIK SANGAT BERHARGA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang. Assalammualaikum. SANGAT-SANGAT. Kenapa sangat-sangat berharga?. Setiap hari ajal kian mendekat dan merapat bukan menjarak atau menjauh. Tiada jaminan hidup di dunia selama-lamanya.
Tiada jaminan hidup di dunia selama-lamanya. Macam bosan kan.. kan.. apa bendalah merepek pasal hidup. Mati. Masa. Tarikh. Macam tidak ada topik lain. Carilah topik yang diburu di seo. Kena rezekinya mahu mencanak pageview. Wow. Betullah. Bukan zaman sekarang sahaja tekanan hidup keras. Zaman dulu-dulu pun cabaran hidup sudah keras. Cuma berbeza garis waktunya sahaja dulu dengan sekarang. Justeru itu, mesti sentiasa ingatkan diri setiap detik sangat berharga.
Mesti sudah terbiasa dengan kata-kata madah.. semalam kenangan, hari ini kenyataan dan esok harapan. Betul tak?. Namun semuanya ada kaitan dengan waktu. Semuanya ada kena mengena dengan cara kita manfaatkan peluang atau kesempatan. Jangan hairan kalau sesekali terlintas pada hati atau fikiran.. "kan bagus kalau dulu....". Ya dulu itu adalah waktu yang mungkin tidak kita urus atau isi sebaik-baiknya. Namun, ingat.. kita manusia. Kita menyusun.. Allah swt mengatur dengan sangat sempurna.
Mungkin hari ini kita masih di sini kerana Allah swt beri lagi peluang. Peluang segenap sudut. Untuk memperbaiki. Untuk menambah. Untuk mengurangi. Untuk yang dirasakan perlu dan mesti kita lakukan. Mungkin sesetengah individu berasa biasa sahaja. Tidak bagi segelintir individu yang lain. Setiap detik sangat berharga. Mungkin juga ada yang berasa kesempatan adalah rezeki. Ya rezeki.
Sedetik itu juga rezeki. Mungkin ada orang sesaat pun tidak dirasai. Selagi diberi peluang hidup di dunia ini, tolonglah hargai betul-betul. Jangan diremehkan. Mungkin ianya yang terakhir untuk kita. Bakal menjadi satu kenangan sangat indah. Untuk dikenang dan diceritakan. Siapa tahukan. Jadi, set dalam minda dan ingatkan diri kita..SETIAP DETIK SANGAT BERHARGA. Berharga pada diri kita. Berharga juga pada orang lain.
NOTA PC : demi masa
Tags:
Santai Peribadi