KITA RASA SUDAH BERAT SANGAT-SANGAT TETAPI.. | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum. SELAMAT SAMPAI RUMAH. Setelah tiga hari dua malam berada dan bermalam di hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat. Menitis air mata menaip. Menitis air mata mengingat. Segar pada ingatan dan sekilas pandangan mata. Tengok depan mata. Gigil. Lemah lutut. Remuk hati. Semua lengkap.
Bila Allah swt mahu, sekelip mata. Balik solat zuhur di surau babah santai. Macam biasa. Memang macam biasa. Kami sembang. Sebelum sembang babah balik surau terus makan nasi. Rutinnya begitu. Makan tengahari tunggu balik solat zuhur. Walaupun pc masak awal. Tapi memang begitulah. Terpulang yang penting masak siap-siap.
Menghampiri waktu asar.
Juah, babah nak mandi nak pergi surau.. - babah
Ok bah.. - PC
Tiba-tiba babah duduk diam.. ...
Juah.. Juah babah gelap mata.. ambilkan minyak panas nak sapu pada dahi dan tengkuk - babah
Boleh bah.. -PC
PC pun ambil minyak tu, sapu ikut permintaan.
Juah.. Juah kaki babah dua-dua kebas.. - babah
Tapi masa ni pandangan mata semakin jelas walau ada baki gelap mata. Disambung dengan kebas kaki juga tiba-tiba.
Babah sudah risau sebab waktu solat kian mendekat. Babah pun bangun nak mandi pergi surau solat Asar. Tiba-tiba babah kata nak buang air besar.. PC tunggu di anjung macam biasa. PC biasanya tunggu sampai babah gerak ke surau. Kemudian PC masuk dalam rumah, selesai azan di surau PC terus solat.
Tapi lain kali ini...
Dari dalam bilik air babah panggil PC.
"Juah.. babah buang air besar keluar darah banyak..". Meluru PC ke bilik air. Tunggu depan pintu bilik air. Babah keluar. Beberapa minit kemudian babah terasa nak buang air besar lagi. PC ikut tunggu juga depan tandas. Ya, semakin banyak darah yang keluar.
Azan asar berkumandang. Masih sangat jelas pada ingatan PC. Sampai detik ini
Kenapa ya Juah, babah buang air banyak darah.. - babah.
Babah ada makan apa-apa selain yang Juah masak ke.. - PC
Tak ada.. - babah
PC tanya dan ajak babah berbual untuk redakan rasa yang berkecamuk. Rasa nak pecah dada. Takut. Risau. Sedih. Semua rasa ada. Di rumah tiga kali juga babah buang air dengan darah yang pekat, beku dan merah. Macam runtuh langit.
Tanpa berlengah. Hospital atau klinik?
Jawapannya HOSPITAL.
Sampai hospital, sambung lagi buang air. Tetap berdarah. Allahuakbar. Rasa nak menjerit. Sekuat hati.
Babah pengsan. Ditolak ke zon kuning. Remuk hati. Ya Allah. Istighfar. Bermalamlah kami di wad. Doktor arah babah buat Kolonoskopi. Prosedur di mana kabel gentian optik yang dipasangkan kamera pada hujungnya dimasukkan ke dalam usus besar.
Hasil. Usus bengkak dan sedikit luka. Negatif kanser dan buasir. Sujud syukur PC. Selagi tak tahu keputusan selagi itulah susah hati. Gelisah. MasyaAllah. Nasihat doktor, banyakkan makan makanan berserat. Keadaan kesihatan yang lain memuaskan. Makan tiga hari dua sahaja di hospital. Syukur.
Semoga babah terus sihat.
NOTA PC : di hospital ajar kita jadi manusia seperti yang Allah swt mahu.. sabar, bersyukur, redha, tawakal.
Tags:
Santai Peribadi