REBAH

REBAH | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. MENYEMBAH KE BUMI. Ada banyakkan kejadian atau peristiwa yang berlaku. Sana sini situ. Dalam negara. Luar negara. Isu panas. Isu biasa-biasa. Hangat sekejap. Semua ada dan ada yang dapat kita saksi dan dengar beritanya. Begitu jugalah sebaliknya. 

Luaran. Mungkin senang mata mahu melihat. Tetapi jika batiniah cuma diri sendiri dan Allah swt sahaja yang tahu. Rebahnya kita bagaimana. Sekadar cedera atau memang hancur lebur kita setelah rebah. Sekali, dua kali atau sudah berkali-kali. Pun cuma diri sendiri dan Allah swt yang sangat-sangat tahu.. kecuali kita pilih untuk bercerita di mana-mana dan dengan sesiapa yang kita pilih. 

Rebah jiwa boleh bawa binasa. Binasa fizikal dan mental. Mula-mula macam "alah biasalah.. tak ada apalah.. okay lahh.. ". Tolong la jangan fikir macam tu. Kalau rasa jiwa rebah cepat-cepat cari solusi terbaik macam mana nak bangkitkan atau pulihkan semula dengar kadar segera. Sepaling positif dan sihat. Penting tau. Kalau tidak nanti mudah anasir negatif menguasai sedikit demi sedikit. Bahaya. 

Bukan manusia saja rebah. Haiwan pun merasai rebah rasa. Cuma kita yang tak tahu dan tak faham. Ingat kalau kita seksa atau persiakan dia, hati dan semangat haiwan tu tak rebah ke?. Dah la dia rasa susah. Kita pun berdosa tak pasal-pasal. Ha, jangan main-main. 

REBAH

Bila sebut rebah ni, PC terus teringat, pokok kekapa sawit di kebun sudah ada beberapa pokok yang rebah. Cantik menyapa bumi. Ada banyak faktor. Usia. Kesihatan pokok. Alam semesta. Banyak faktor menyumbang. Memang rasa sayang tapi hakikatnya begitu. Fitrahnya tiada yang kekal di dunia ini. Maka bertabah dan bersabarlah.

Rebah
Musnah
Tangan menadah
Moga Tuhan endah
Iman tidak berpaling tadah

NOTA PC : semoga kedudukan semakin selesa.. bukan di dunia saja tapi sebaliknya juga nanti di SANA

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. rebah dan hadam sendiri sehingga semuanya baik seperti sediakala, Insha Allah.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama