SALAH KE PILIH DIAM | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. DIAM. Ada pepatah, diam ubi berisi. Diam penggali berkarat. DIAM ini pilihan. Mahu diam atau mahu bersuara. Jujur kalau PC lihat pada situasi. Adakala paksa diri diam. Ada masa walau mahu diam tapi paksa bercakap juga. Berbalik pada pilihan keperluan. Tapikan.. pengalaman sedikit sebanyak menjadi pedoman. Buat kita ni belajar sesuatu juga.
Belajar apa?. Banyak. Salah satunya PILIH DIAM cukup hanya memandang sahaja. SALAH KE PILIH DIAM. Diam bukan bererti tidak cakna. Tidak bermakna beku tanpa cita-cita atau impian. Bukan juga bodo-bodo yang kosong segenapnya. Diam yang diam-diam menyusun. Susun sampai jadi kalau Allah swt izin. Tidak mudah ya. Sebab orang lebih suka yang bercakap-cakap. Bahaya atau risiko yang bercakap-cakap ni risau tak jadi. Tu yang PC kebanyakan pilih diam dan cuma dengar.
Hidup ini "saling". Tidak perlu menyakiti untuk mengecapi nikmat yang dimahukan |
"Cuma dengar". Ada yang tembus dari telinga kiri ke telinga kanan. Ada yang tidak "cuma dengar" tapi sangkut pada otak. PC ada masalah sikit. Semua sangkut pada otak. Susah nak pilih dan buang. Ada orang bijak. Bijak sebab pandai pilih-pilih. Mana perlu difikirkan dan mana yang tidak. Mana yang tidak tu buang terus. PC tak pandai. Tu yang kadang overthinking. Jadi serabut. Risau. Ahhh macam-macam.
Salah ke pilih diam?. PC rasa tidak. Mungkin pada orang lain ada buruk atau kurang baiknya la bila pilih diam ni. Sebab macam tak aktifkan. Pasif gitukan. Kalau banyak sangat cakap susah juga. Risau diam-diam banyak musuh. Itu belum lagi diam-diam banyak dosa. Aduh. Letih. Risau sungguh. Tapi kalau betul nak diam. Bukan mulut je diam. Hati pun kena diam juga. Jangan mulut diam hatinya riuh.
Diam mulut tapi dihati teruslah berdoa yang baik-baik. Untuk diri sendiri dan orang lain juga. Sebab kebaikkan doa yang baik akan berbalik pada kita semula nanti. Aamiin. Bersangka baik dengan Allah swt. Berniat baik dengan sesama. Hindari kata-kata dan perbuatan yang nampak macam baik tapi beri dampak buruk pada orang lain.
NOTA PC : bercakap dengan manusia bukan bercakap dengan robot
Tags:
Santai Peribadi
Kadang2 diam adalah pilihan yang tepat
BalasPadamMemilih diam hanya untuk perkara/isu tertentu. Adakala perlu bersuara demi menyelamatkan dii andai ada yang berkata tidak benar tentang diri kita.
BalasPadamDiam atau bersuara, dua2 nya ada kepentingan, moga kita diberi ilham yang terbaik.
BalasPadamThe topic "Salah ke Pilih Diam" encourages self-reflection on whether choosing silence in certain situations is right or wrong. Silence can be a powerful response, but it depends on the context. At times, staying silent can avoid conflict, while in other cases, speaking up is necessary to promote change. The same careful consideration applies when choosing digitizing services for embroidery. Selecting the right service provider can impact the quality of your embroidery designs. Just like knowing when to speak up or stay silent, choosing the right digitizing service ensures precision and detail in your embroidery projects.
BalasPadam