TERAPI DAN PENGHARAPAN | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. TANAH MASIH BASAH. Kesan hujan yang turun. Alhamdulillah. Semakin kerap hujan. Walau hujan sekarang ni akan berserta dengan angin yang sangat kuat. Ribut. Ada beberapa buah rumah di kampung sebelah kampung PC ni.. bumbung rumahnya tercabut teruk. Sedih bila mendengarnya. Sesetengah kawasan telah mengalami banjir juga. Takut bila tengok rakaman peribadi ramai individu yang dikongsikan dimedia sosial. SubhanaAllah.
Ada aktiviti yang tergendala dan mesti dihentikan demi keselamatan dan kesihatan. Bila hujan ribut, yang paling terkesan adalah para nelayan. Bila para nelayan tidak turun ke laut, maka bekalan ikan segar juga tersekat. Kampung PC dekat dengan laut. Dekat dengan aktiviti nelayan. Terasa sukar juga sebenarnya. Nak ke pasar besar jauh. Nak ke pekan agak dekat tapi biasalah, kalau boleh nak ikan yang segar. Lagi pun yang ke laut tu.. para nelayan tu sebahagian besarnya kawan-kawan babah. Bila dah tak dapat ke laut. Maka waktu yang ada digunakan untuk baiki jala yang koyak.
Itu kisah nelayan. Bukan nelayan buat apa pula. bila musim hujan ni. Terapinya adalah bercucuk tanam. Semai, tanam. Bila hujan kan tak perlu jirus sangat. InsyaAllah hidup. PC ada juga semai biji cili. Bila dah bercambah.. pindahkan pada pasu. Semoga akarnya sihat. Mencengkam pada tanah. PC suka tanam pokok cili dalam pasu. Entah kenapa. Rasa mudah nak di pindah-pindahkan. Ala.. ala pokok hiasan macam tu. Boleh tenggek tinggi sikit. Sebelum ni dipatuk ayamlah. Diserang siputlah. Hehe. Bangun pagi nak siram tinggal batang je macam angka satu. Daunnya semua dan tak ada. Nasib... nasib.
TERAPI DAN PENGHARAPAN. Ada banyak aktiviti boleh dilakukan. Berkebun pun jadi terapi. Bila menanam ni akan jadi terapi. Tumbuh walau cuma sehelai daun pun rasa macam terbang sambil beritahu.. "heii semua.. pokok yang saya tanam dah ada daun sehelai.." gitu sekali. Happy tau. Kalau nak harap orang lain bawa mood atau beri rasa bahagia kadang lambat. Jadi macam mana nak bahagiakan diri sendiri?.. Tanya diri sendiri betul-betul. Nanti ada jawapannya. Aamiin.
Setiap tindakan tentu hujungnya adalah hasil. Mahu melihat dan menikmati hasil, tidak mudah. Tidak sekelip mata. Lihat apa yang diusahakan. Caranya bagaimana. Rezekinya seperti apa. Tidak semua melalui jalan lurus. Tidak semua juga laluannya bengkang bengkok. PENGHARAPAN, boleh jadi berhujung nikmat. Tidak kurang berhujung berat.
NOTA PC : tiba-tiba rasa nak makan siput sedut masak lemak laa pula.
Tags:
Santai Peribadi
Bila dapat tengok tumbuhan hijau, terus tenang minda dan dapat relaks mata.
BalasPadamTerapi dan Pengharapan offers a beautiful exploration of healing and hope, touching on how therapy can be a transformative journey. It’s inspiring to read about the importance of mental well-being and finding strength in moments of vulnerability. Everyone faces challenges, but this topic emphasizes the power of seeking help and the hope that comes with it. On a related note, if you’re in the USA and looking to create something meaningful, USA embroidery digitizing services can help you transform your ideas into custom designs for clothing or patches, adding a personal touch to your healing journey or message of hope.
BalasPadam