BILA SUDAH BOLEH BERFIKIR TAPISLAH | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. BEZA KITA MANUSIA DENGAN MAKHLUK LAIN adalah otak. OTAK YANG ADA AKAL. Memang kita ni tidak terhindar daripada lakukan kesilapan atau dosa. Memang!. Tapi kita ada akal. Boleh fikir. Boleh buat perbandingan. Boleh bezakan. Baik. Buruk. Betul. Salah. Dosa. Pahala. Kalau pun tergelincir, tetap ada otak yang berakal tu untuk cari jalan taubat dan perbaiki diri.
Perbaiki diri. Cakap memang mudah.. betul la tu. Cakapkan.. tapi nak buat tu banyak cabaran. Orang selalu tewas bila berhadapan dengan cabaran. Tempuh cabaran. Layan cabaran. Jangan tentang. Bila tentang jadi tertekan. Jangan lari nanti semakin kusut. Sekali lagi.. bab cakap memang tersangatlah mudah. Ya Allah. Cer buat.. mahu merangkak. Lebih baik mula merangkak daripada tidak bergerak langsung. Tak gitu.
Niat tidak menghalalkan cara. Cara yang ada banyak-banyak tu pilihlah jangan hentam sesuka hati. Jangan sesuaikan cara tu dengan niat yang salah. Sebaliknya cara yang salah tu betulkan dengan ubah kepada niat yang lebih baik. Aduh, berpintal-pintal ayat kau PC. Terseliuh lidah. Kadang idea yang datang luar jangka. Alhamdulillah.
Sedar diri hidup cuma menumpang |
BILA SUDAH BOLEH BERFIKIR TAPISLAH. Dulu belum ada santan kotak. Maka kalau nak santan, parutlah kelapa tu. Fuhh memang mencabar. Parut guna alat pemarut tradisional. Berdoa la banyak-banyak tangan dan pinggang beri kerjasama supaya tak cepat lenguh. Mana yang ada rezeki tu beli mesin parut kelapa. Laju je la. Yalah rezeki setiap orang tak sama. Dan rezeki pulak bukan duit sahaja. Bila dah siap parut.. perah. Kena perah kuat-kuat kadang sampai timbul urat kat pergelangan tangan. Hampas kelapa ditapis untuk pisahkan antara hampas dengan santan. Sama jugalah kalau kita ni nak jadi manusia yang baik.. Sebelum bercakap, sebelum bertindak berfikir dan TAPISLAH dulu betul-betul.
Awak sudah dewasa. Mesti tindakan tidak sama dengan anak kecil atau kanak-kanak. Sepatutnya begitulah. S e p a t u t n y a. Tapi oleh kerana kadang hasutan durjana lebih padu itu yang perangai macam ntah apa-apa. Sedih sangat-sangat. Namun begitu, bila sudah boleh berfikir hindarilah lakukan perkara tidak sepatutnya. Ambil kira jugalah kata-kata atau pendapat orang lain. Tak manis orang dewasa cakap kasar sentiasa. Mencarut sentiasa. Sindir-sindir orang sentiasa. Tak sedap didengar. Tak molek orang melihat.
Bukankah mati itu tanpa syarat?
NOTA PC : letih dengan cara yang salah tapi tetap dilakukan.
Tags:
Santai Peribadi