KATA ORANG BATU PAHAT TAPI | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. ORANG TEMPATAN ATAU SEKITAR KURANG TERUJA BERBANDING ORANG LUAR. PC kurang pasti orang lain tapi sepanjang hidup PC ni, kalau ada rezeki berpeluang pergi tempat yang viral, bila jumpa orang atau penduduk setempat, mereka rasa biasa sahaja. Kita orang luar ni rasa teruja lain macam tapi bila penduduk di sekitar tempat viral tu mereka slumber sahaja. Begitu jugalah kita. Kadang orang teruja datang, puji ada tempat best di kawasan kita.. tapi kita buat keras je. Macam tak ada apa-apa. Macam tak ada nafsu. Gitu.
Berlaku juga pada PC sebenarnya. Ibaratnya, bila depan mata buat tak endah. Kadang tidak hargai pun. Orang lain yang hargai atau nampak bernilainya. Kita, "eh lantak la situ".. PC ni kurang nak ke mana-mana. Pakcik makcik. Sepupu semua tahu. PC liat nak ke mana-mana. Bila nak ke mana-mana mereka rasa gembira. Dulu gitu. Dah bersuami pun gini. Mungkin sampai akhir hayat. Entahlah. Susah nak keluar. Sampai kena kecam. "Otak tak betkembang" katanya. Ada betulnya juga. Ada perubahan sikit bila dah kahwin. Sebab sebelum ni pernah bekerjakan. Itulah bersosialnya.
Alhamdulillah sudah dua tahun balik kampung. Setelah en suami bersara. Fuh tua dah PC. Memang pun. Moga-moga sedar diri. Aamiin. Walau dah balik kampung.. tetap merap di rumah. Mudahnya, banyak masa di rumah. Tapi bila dah balik kampung ni mudah sikit nak penuhi undangan walimatulurus saudara mara. Sihat. Ada rezekinya insyaAllah sampai walau sekejap je. Kalau sihat tapi kurang rezeki tak sampai juga. Ada rezeki tapi tak sihat, pun tak dapat datang juga. Begitulah yang kadang sukar untuk orang fahami. Tidak mengapa. Maafkan.
Tetamu mulai ramai |
Mana mempelai ni.. |
Snap gambar dari dalam kereta sahaja |
En suami turun kereta tolong jepretkan gambar. |
KATA ORANG BATU PAHAT TAPI.. sepupu en suami ada menjemput. Anaknya mahu melangsungkan pernikahan. Alhamdulillah kami Allah swt izin untuk hadir sama-sama merai. Syukur. Bila ada majlis ni dapatlah jumpa saudara mara belah en suami. Raya. Kematian. Perkahwinan. Biasanya tiga waktu inilah mudah sikit nak jumpa dan berkumpul. Kadang pun terlepas juga. Ikutlah rezeki yang mana. Alhamdulillah rumah sepupu en suami dekat jugalah dengan tempat riadah iaitu Minyak Beku. Balik dari majlis awal lagi, selalu dengar cerita saja, kali ni singgah la sekejap. Pusing-pusing. Memang awal lagi tapi matahari rasa macam sedepa atas kepala. MasyaAllah. Justeru itu pusing-pusing sekejap. Jepret gambar sekeping dua.
Berdarah juga telinga kena perli.. KATA ORANG BATU PAHAT TAPI.. haaa. So, lepas la hajat dan niat. Tapi memang betul, PC yang asal Batu Pahat, rasanya baru sekali pergi Minyak Beku ni. Masa umur lima tahun. Masa tu Pantai Minyak Beku belum secantik sekarang. Memang sangat jauh bezanya. Mungkin orang lain dah bosan ke Pantai Minyak Beku. PC pula yang macam masih rasa terkejut. Pantai berbatu bukan pantai berpasir. Walau panas macam nak pitam.. tetap ramai yang setia menanti ikan-ikan sudi makan umpan. Fuhh kecik besar tua muda mancing oiii. Meriah. Mungkin lepas ni boleh la datang lagi. Cuma tak tahulah bila.
NOTA PC : semakin bertambah undangan walimatulurus ni..
Tags:
Santai Peribadi
suaminya seorang askar ke dik? sebab muda dh bersara.... Gitu la kadang, kita dh biasa sebab tu kita tak heran sebab bila-bila boleh pergi tempat tu.
BalasPadamWak pun dah lama tak singgah pantai minyak beku
BalasPadamselamat bersara suami PC. Best la ya settle down kat kampung
BalasPadamSaya pun pernah pergi Minyak Beku baru sekali je...Mak orang Batu Pahat..tapi area Parit Sulong sana..hehe.. Semoga bahagia pengantin Baru...
BalasPadam