MUSUH | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. BANYAK. ZAMAN SEKARANG SEMAKIN banyak dan ramai musuh di sekitar kita. Perasan atau tidak sahaja. Lebih mengerikan adalah musuh dalam selimut. Ibarat api dalam sekam. Gunting dalam lipatan. Telunjuk lurus kelingking berkait. Memang bahaya. Lebih bahaya orang dalam atau orang terdekat sendiri.
Belajarlah segera. Kata orang, pengalaman penting. Betullah tu. Pengalaman sendiri. Pengalaman orang lain. Kita ambil iktibar dan belajar betul-betul. Beringat. Jadikan sempadan dan amaran keras. Usaha dulu. Lebihnya serah la pada MAHA KUASA. Memanglah semua luar jangkaan kita. Pengetahuan kitakan ada batasnya. Minta Allah swt lindungi dan cepat sedarkan kita dalam banyak hal.
Musuh. Ibu bapa. Adik beradik. Sepupu. Keluarga. Ada potensi untuk menjadi musuh. Mungkin ianya pelik atau mustahil bagi sesetengah orang. Takkanlah darah daging sendiri boleh sampai tahap jadi musuh. Biar betul. Kalau pendapat PC berdasarkan pengalaman.. ya.. betul!!. Tidak mustahil ya. Jangan ingat bila sebut musuh sahaja mesti orang lain. Orang luar atau orang asingkan.. kan.. kan. Bila orang dekat ni, dia lebih tahu kuat dan lemahnya kita. Lebih dan kurangnya kita. Luar dan dalam kita. Itu yang lebih mudah mencari celah begitu begini. Situ sini. Nampak tak.
Boleh ke hidup tanpa musuh. Rasanya tidak ada sesiapa pun hidup nak ada musuh. Sebab itulah selalu dengarkan.. hidup kena sabar. Kena toleransilah. Berbincanglah. Bertolak ansurlah.. dan banyak lagi cara untuk hindar diri ada musuh atau dimusuhi. Namun hidup ini bukan cuma kita sahaja. Tidak semua orang suka perkara baik. Tidak setiap orang juga boleh terima beragam situasi orang lain. Jangan pelik kita tiba-tiba ada musuh atau diri sendiri pilih untuk memusuhi yang lain.
Bila tidak semua orang suka dan boleh terima perkara baik bererti senyap-senyap kita ada musuh. Kalau tidak pun.. diam-diam kita yang mencari dan memanggil musuh. Macam mana?. Mengata orang. Kutuk orang. Lagi-lagi kalau orang tu tak tahu dan tak dengar. Ya, di dunia. Tapi nanti kita dan dia akan jadi musuh. Kita marah dia sedut pahala kita dan kita pikul dosa dia. Atau sebaliknya. Dia sakan mengata kita.. pahala dia kita tarik. Dosa kita dia kena jawab. Musuh dalam senyap. Bahaya tau. Jangan main-main.
NOTA PC : guruh berdentum
Tags:
Santai Peribadi
Musuh ada di mana mana...Org rapat ke..tak rapat ke..ada yang tak Senang melihat kebahagiaan or kesenangan kita...Allahu..Moga terus terhibdar Dari sang MUSUH.. Jom amalkan surah An Nas...
BalasPadamYa setuju dengan PC.. Apa yang boleh kita lakukan, sentiasa berdoa supaya dihindarkan dari segala yang tak diingini dan minta perlindungan dariNya.. Risau dengan keadaan sekarang.
BalasPadamSetuju
BalasPadamAdik beradik pun bermusuh juga