JAKUN TENGOK BUAH GETAH MUDA

JAKUN TENGOK BUAH GETAH MUDA | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. SENYAP. ENTAH PERGI KE MANA. Katanya nak cari abah. Nak panggil abah balik nak sarapan sama-sama. Tapi dengan en suami sekali tak timbul. Eh, biar betul la. Inilah rutin PC dan en suami bila balik rumah abah mak (mertua). Abah awal pagi dah hilang dengan aktivitinya. Ya Allah. Bila nak panggil sarapan tu yang gigih masing-masing. Panggil sorang.. hilang sorang. Laaa sudah. 

Tunggu mak yang panggil. Haa barulah elok munculnya. Tahu pulak takut masing-masing. Elok je muncul semua dengan sengeh.. sengeh macam kerang masing-masing. Ha.. ha.. ha. Sebenarnya bukan apa, takut kena bebel dengan mak. Dengan abah sekali kena dengar. Jadi pilih je laa. Cepat balik ke atau nak lenggang kangkung. 

JAKUN TENGOK BUAH GETAH MUDA

Tiba-tiba en suami muncul. 'Tadaaaaa.. cuba teka ni apa?.. ". Elok en suami pegang. Sambil senyum-senyum tunjuk suruh bininya meneka awal pagi. Abah tak ikut balik eh lain pula yang di bawa. PC pun terpingga-pingga. Loading la juga. Nak jawab buah letup-leput agak mustahil takkan besar gini. Nak kata buah kedondong yakin bukan la. Salah jawab malu. Tapi tak yakin betul jawapan yang nak diberi. Ya Allah. 

Dengan yakin dan lantang PC pun jawab.. "haaa buah getah mudakan.. kan.. kan.. ". Padahal was-was. Sebab PC tak pernah nampak pun buah getah muda. Kalau biji getah yang dah tua pernah la nampak dan buat main. Sebab dulu kebun atok (bapak mama) ada banyak pokok getah. Ada banyak biji getah tua tu. Alih-alih en suami cakap.. "betulllll...". Hahaha. Alhamdulillah. Kalau tak tebal muka malu. Terima kasih Allah. Nak panggil abah jumpa biji getah muda. Agaknya monyet yang bawa dari kebun sebelah. Rezekilah. Rasanya kalau tunjuk anak-anak buah pun mereka tak tahu ini biji getah muda. Apatah lagi biji getah yang tua. 

JAKUN TENGOK BUAH GETAH MUDA. Tidak pelik sebenarnya. Apatah lagi zaman sekarang. Anak-anak yang lahir-lahir sudah sangat kurang pokok getah. Banyaknya pokok kelapa sawit. Bukanlah kata pokok getah tak ada langsung. Ada cuma mungkin hanya dibeberapa buah negeri sahaja. Jadi, ibu bapa jangan lupa memperkenalkan pokok getah kepada anak-anak ya. Secara langsung. Sebagai pengetahuan supaya tidak terpingga-pingga kemudian hari.

NOTA PC : coverage celcom bermasalah ya

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama