BERSILAT PUKUL EMPAT PAGI | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. UJIAN ALLAH SANGAT LUAS sebagaimana luasnya nikmatNya yang kita nikmati. Ujian juga sebenarnya nikmat. Boleh jadi, dari ujian itu ada dosa yang gugur. Mungkin juga Allah swt mahu tingkatkan sedikit darjat kita. Cuma sabar atau tidak sahaja kita ini menerima.
Kisahnya. BERSILAT PUKUL EMPAT PAGI. Sebenarnya ini kali kedua. Kali pertama beberapa bulan lepas. Kena tepat. Tetapi pelakunya.. berjaya larikan diri entah ke mana. Kemudian ianya terjadi lagi. Tidak tepat tetapi tetap sempat dan kena gigitannya. Bukan PC tetapi encik suami. Ya Allah.
Hujan lebat. Memang lebat. Cuti sekolah anak-anak buah balik kampung. Bila siang tak tidur. Masing-masing bersungguh sembang. Mak-mak dan bapak-bapak bila jumpa.. Bila lepas isyak sahaja masing-masing mula la menguap. Naik berair biji mata. Mengantuk dan menguap tak sudah. Bila hujan. Sejuk. Makan sudah. Solat sudah. Sedia di tempat masing-masing nak tidur. Itu pun masih ada yang bergurau senda anak-anak. Budak-budak gitulah.
PC ni dengan encik suami, bila ada anak-anak buah, memang suka layan. Maklumlah tumpang kasih. Kadang memang tidur agak lewat malam. Layan anak-anak dengan menyediakan sepasang telinga sahaja untuk jadi pendengar setia. Haaa banyak cerita muncul. Sedih. Lawak. Semua ada. Fakta. Auta. Pun ada. Tapi bila letak je kepala pada bantal. Tu dia. Lena sungguh.
Tiba-tiba. Encik suami bingkas bangun!!!. Tarik tangan PC. Bayangkan tengah tidur lena. Tiba-tiba. Tak ke bergulung badan. Roh pun tak sepenuhnya masuk. Ya Allah. Lutut encik suami kena gigit lipan!!!. Tapi sempat tepis. Gigitan tak dalam. Tetap bisa dan bengkak. Bingkas bangun. Hidupkan lampu bilik. Kepala terus pening. Habis semua digembur. Bantal. Selimut. Tilam. Macam apa entah. Ehhh. Jumpa lipannya. Agaknya dia pening juga kot kena libas terhentak ke dinding. Tu macam slow nak bergerak. Apa lagiiii. Watchaaaa.. duss.. duss.. penyekkk dia. Maaf ya lipan. Awak dah malas berzikir yaaa.
Sekarang nak tidur malam fobia. Semoga kita dilindungi Allah swt sentiasa. Di mana sahaja berada. Aamiin.
NOTA PC : betul ke, semakin merah warna kaki lipan semakin berbisa gigitannya.
Tags:
Santai Peribadi
Paling seram ada binatang ni. Kat bilik air rumah Cie ni yang kecik sikit selalu je muncul. Cepat2 ketuk. Risau time tak sedar je.
BalasPadamkalau musim ujan memang selalu keluar natang ni
BalasPadamAllah...
BalasPadamSelalu kalau nampak yg kecik² PH ketuk terus, sbb arwah Mak cakap yg kecik pun ada biasanya juga.
Besarnya..... pergi klinik tak
BalasPadam