BULAN TERAKHIR 2024 | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sekejap siang. Sekejap malam. Sekejap sudah berganti hari, minggu seterusnya bulan. 365 hari. Dirasakan tidak seperti dulu-dulu. Dulu rasa macam panjang sangat. Tapi tidak sekarang. Atau mungkin PC saja yang rasa begini. Yalah, lain orang lain rasa dan pendapatnya. Ada pro dan kontra. Begitulah hidup. Kita tidak sentiasa betul. Orang lain tidak sentiasa salah. Sama-sama dan saling.
Alhamdulillah. Kita sudah berada dibulan kedua belas 2024. DISEMBER. Ini rezeki kita. 30 November kawan sekolah PC kembali kepada Pencipta. Hari ini, jiran sekampung PC pula kembali kepada Pencipta. Dua-dua boleh dikatakan masih muda. Sungguh. Ajal itu tanpa syarat. Muda. Tua. Bila tiba waktunya tidak tercepat. Tidak terlewat. Jujur, PC rasa takut. Takut dengan banyaknya dosa sedangkan taubatnya lebih tipis daripada kulit bawang. Allahu. Semoga mereka dihimpun dalam kumpulan hamba-hambaNya yang beramal soleh. Di luaskan kuburnya. Ya Allah. Ya Rahman. Ya Rahim.
30 hari berbaki. Sebolehnya isi dan manfaatkan sebaik-baiknya la. Untuk menempuh hari akan datang kita tidak dapat meneka. Sesaat seterusnya pun kita tidak dapat jangka apa akan berlaku. Apatah lagi hari-hari mendatang. Walaupun kita sudah menyediakan senarai atau rancangan yang teliti sangat-sangat. Perancangan perlu tapi dalam setiap perancngan manusia ada takdir tetap Allah swt.
Kalau cakna, sekarang hal atau peristiwa yang sangat perlukan perhatian adalah saudara-saudara kita dibeberapa buah negeri yang sedang berhadapan dengan ujian bah atau banjir. Mereka diuji secara langsung. Kita yang tidak berada dalam situasi mereka diuji secara tidak langsung. Sebenarnya lebih berat. Paling kecil salurkanlah doa yang berterusan sebagai tanda bantuan. Tolonglah doakan mangsa-mangsa banjir di Negeri Kelantan dan Terengganu. Allahuakbar. Sedih sebenarnya. Bila tengok ditelevisyen, dimedia sosial.. melibatkan nyawa, harta benda. SubhanaAllah. Tahniah kepada sukarelawan yang besar hati memberi bantuan. Semoga mereka dipermudahkan urusan dunia akhirat. Aamiin.
Dan,
Ramadhan kian menghampiri.. dalam sibuk para usahawan rancak memasarkan perniagaan masing-masing dengan pelbagai cara mempromosi produk.. tidak menjadi masalah. Mencari rezeki. Sebagai individu.. jangan lupa qada puasa ya kalau-kalau ada lagi puasa yang belum diqada. Segalanya mungkin. Tidak menjadi satu aib juga kaum hawa setiap kali Ranadhan, andai ada puasa yang ditinggalkan baik atas alasan hukum atau faktor kesihatan dan sebagainya.. tolong maklum pada keluarga terdekat. Ada tanggungjawab besar dan berat yang mereka perlu galas andai kita meninggal dunia belum sempat qada puasa wajib.
NOTA PC : masih hujan..
Tags:
Santai Peribadi