LAYAN MADU SESEKALI

LAYAN MADU SESEKALI | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. BATUK TIDAK BAIK-BAIK. Kadang sekali dengan selesema. Entah kenapa PC sekarang mudah sangat batuk dan selesema. Sungguh la. PC boleh rasa perubahan pada tahap kesihatan sendiri tapi fikir baik mungkin salah satu sebab, faktor usia. Semakin menua semakin kurang antibodi.

HUKUM DAN PETUA. Hukum yang Allah swt tetapkan. Petua yang manusia amalkan turun temurun. Petua tidak langkau hukum boleh dicuba. ASAL TIDAK MELENCONG dari LANDASAN AGAMA. Niat kena betul. Kalau sembuh semua dengan izinNya. Andai tidak sembuh itu kerana Allah swt masih belum izin. Titik.

ASLI ATAU TIRUAN. Rasanya bila sebut MADU, tentu sahaja ada persepsi masing-masing. Madu menjurus pada manusia atau madu daripada lebah. Itu yang menentukan episod selanjutnya macam mana nanti. Tapi yang PC kongsikan kali ini madu lebahlah ya. Bukan madu orang. Kalau nak ulas tentang madu orang atau lebih tepatnya poligami, bahaya juga sebab melibatkan hukum yang telah termaktub dalam Al Quran. 

Mula-mula nampak bekas madu ni. Ada lgi isinya suku. En suami tawarkan pada PC. Suruh rasa. Suka makan madu lebah. Tidak pun bancuh dengan air kemudian minum. Tapi bila beli madu lebah ni kadang kena kencing dengan penjual. Bukan madu asli yang dijual. Mahal. Rupa-rupanya campur gula. Lama jugalah PC tak makan madu ni. Suka aroma harum madu lebah. Kadang dapat madu kelulut. Pun sedap. Tapi lagi mahal. 

Bila dah rasa, sedap pula. Esoknya en suami belikan lagi. Rezeki. Alhamdulillah. Untuk PC sendiri. Ada orang bila kerap batuk, amalkan minum air madu. Mana yang serasi, baik. PC batuk, cubalah tapi tak bancuh pun dengan air. Makan je terus.. alhamdulillah lega. Batuk juga cuma semakin berkuranglah batuknya. Sakit seluruh badan bila batuk ni. Boleh demam urat jadinya lama-lama. Ya Allah. Usaha la mana boleh.

LAYAN MADU SESEKALI. Oleh kerana bukan pakar mengenal asli atau tidaknya madu lebah, maka cukuplah LAYAN MADU SESEKALI sahaja.

NOTA PC  : rasa nak kokak batang tebu la pula 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama