BANGUN AWAL BERSIAP NAK PERGI SEKOLAH

BANGUN AWAL BERSIAP NAK PERGI SEKOLAH | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. BIASAKAN HAL BARU ITU MENCABAR. Ini minggu pertama Johor cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad. Sebelum ini Jumaat dan Sabtu. Alah bisa tegal biasa. Tune belum berapa nak mengena lagi. Masih rasa canggung. Bangun pagi biasanya hari Ahad sangat meriah. Ramai anak-anak.. adik-adik pergi sekolah. Sekarang masing-masing pergi sekolah tak naik bas. Memandu dan menunggang kenderaan masing-masing. Alhamdulillah. Jadi, awal pagi biasanya memang meriah. 

Tiba-tiba rasa sepi. Aneh. Rasanya cuti sekolah mula 17 Januari ni. Cuma sekarang sedang berlangsung peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kan. Baru teringat, 'eh.. kan cuti hujung minggu sudah berubah. Sabtu dan Ahad. Sampai bila?. Tidak tahu. Tentu sahaja ada pro dan kontranya. Ada pendapat peribadi masing-masing. Ada yang setuju. Ada yang kurang bersetuju. Setuju atau kurang setuju dengan alasan masing-masing. Jangan gaduh-gaduh. Bawa santai sahaja. 

Kisahnya anak buah PC. 
BANGUN AWAL BERSIAP NAK PERGI SEKOLAH. 'Anak ummi bergegas bangun pagi nangis kata kenapa mama tak kejut.. nak pergi sekolah dah terlambat nanti cikgu marah.. '. Sabtu Ahad tak sekolah. Sebelum ni Ahad kan sekolah.. biras PC cerita.. anak-anak lepas bangun solat subuh, lepas ngaji sikit duduk-duduk. Ntah macam mana bukan setakat duduk.. ngences lagi.. hahaha. Oleh kerana Ahad. Tak sekolah, mamanya pun tak kejut. Lepas sispkan sarapan barulah nak dikejutkan.. alih-alih si adik nangis sebab dah siang kenapa tak kejut nak pegi sekolah katanya. Adoiii. Sebab sebelum ni Ahad sekolah. Bangun awal pagi bersiap nak pergi sekolah. 

BANGUN AWAL BERSIAP NAK PERGI SEKOLAH

Mengigau agaknya kata mamanya. Ke terlupa anak satu ni. Ini satu hal. Selesai. Anak buah PC lagi sorang lagi lucu. Awal-awal pagi Ahad tu nangis sebab kerja sekolah tak siap lagi takut cikgu marah. Kan hari ni tak sekolah kata ibunya. Eh tak percaya. Tunjuk rumah kawannya dan kawannya tak ada tunggu van depan rumah haaa baru percaya. Nak pujuk sampai rasa sakit perut nak berak pun hilang kata ibunya. Ibu berubah jadi hulk. Haha. Begitulah. Macam-macam sungguh. Semangat nak pergi sekolah hari Ahad. Tune masih terumbang ambing lagi. Alahai.

Nanti bila mereka semakin dewasa.. mereka akan mengenang setiap yang mereka lalui zaman kanak-kanak. Semoga mereka akan menjadi hamba-hambaNYA yang baik sebagaimana janji sebelum lahir ke dunia. PC risau dengan situasi sekarang. Tidak muda tidak tua. Entahlah bercelaru segelintirnya dengan manisnya dunia yang sementara. Kalau rasa aku buat aku tanggung memang betul. Tapi orang lain pun akan ditanya.. "dulu di dunia dia begini kau ada tegur tak.. ada nasihat tak?..". Hurmmm.

NOTA PC : janganlah "berasa" betul

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama