SERONOKNYA BILA CUTI SEKOLAH

SERONOKNYA BILA CUTI SEKOLAH | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. SEPULUH HARI LEBIH SUDAH BERLALU tempoh cuti sekolah. Masih berbaki banyak hari lagi. Maklumlah cuti sekolah lama. Sebulan. Ditambah dengan sambutan Tahun Baru Cina beberapa hari lagi. Jalan raya sibuk. Banyak kenderaan sungguh. Mercun jangan cakap. Memang meriah. Tahan tak tahan je telinga. Saling menghormati. Menghargai. Harmoni. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan insan dan makhluk.

Bila cuti sekolah rasanya semua seronok. Tapi sekarang ni masih belum tamat lagi sesi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Adik sepupu PC masih lagi ada kertas untuk dihadap. Semoga semua calon dipermudahkan urusan menjawab dihujung-hujung mata pelajaran ini. Aamiin. Dulu dan sekarang jauh beza. Semakin banyak pecahan dan peluang semakin banyak. Cuma perlu bijak kenalpasti kekuatan dan kelemahan diri masing-masing menguasai mata pelajaran dan bidang sahaja untuk fokus.

Aaabiiii...ummiiii.. ini yang selalu pecahkan suasana bila musim cuti sekolah. Bila balik rumah mertua. Anak-anak buah pun balik kampung. Nahhh. Mengalahkan raya. Bergegar gegendang telinga. Riuhnya lain macam. Kumpul cerita dah banyak la katakan. Tak boleh tahannya dah besar minta dukung tu. Bengkok pinggang. Umur 8 tahun tu. Aduh. Bahagia lain macam bila cuti sekolah. Riuh pun lain macam. Masa ni laaaa masing-masing tunjuk bakat. 

Menyanyi. Melukis. Membebel. Lagi satu me... ni yang buat yang dewasa jadi hijau merah kuning.. menyepahkan rumah. Itu diaaaaa. Hahahahahaha. Tapi bagusnya buat janji awal-awal. Sepahkan.. lepas tu kemas semula. Kalau tidak... kena tidur dalam reban burung merpati atok. Hahahaha. Sebelum tu tunjuk dulu reban burung merpati atok. Barulah percaya. Anak-anak zaman sekarang ni kalau cakap je nanti kita kena semula. Ada je pusing sana sini situ. 

Tapi sekarang ni cuti sekolah pun sunyi. Susah nak nampak budak-budak main luar rumah. Masing-masing mengadap gadjet. Seorang penjuru sana. Seorang lagi penjuru sini. Peredaran zaman. Lumrah yang bukan asing dan tak aneh pun sebenarnya. Cuma komunikasi sesama ahli keluarga kian kurang. Hambar. Tanya sepatah. Jawab sepatah. Kadang rasa sedih juga sebenarnya. Tak apalah. Zaman sudah berubah.

Kecuali ada yang merajuk.. bila merajuk adalah yang ketuk pintu bilik. Bawa kertas A4 dengan pensil. Minta ummi duduk diam. Jangan bergerak sebab... nak lukis muka ummi. Maklumlah cita-cita nak jadi pelukis katanya. Baiklah nak. Maka inilah hasilnya. Hasil seni anak umur 8 tahun.

SERONOKNYA BILA CUTI SEKOLAH

SERONOKNYA BILA CUTI SEKOLAH

Selesai melukis. Diperkenalkan pula kawan barunya. Labubu. Ya Allah. Viral ke sekarang ni. Ketinggalan sungguh PC. Punca dari artis Korea ya. Begitulah dengarnya. Patutlah ibunya kata patung setan. Tengok gigi pun dah seram. Tapi jadi kesukaan dan rebutan anak-anak la pulaknya. Malam tidur pun nak pakai baju tidur Labubu. Hurmmmm sabar jee laaaa.

Sunyi. Semua dah balik rumah masing-masing. Januari pun dah selesai. Selamat datang Februari. Sya'aban mengganti Rejab. InsyaAllah bulan depan kita umat Islam bakal berpuasa. Ramadan kareem. Aamiin. 

NOTA PC : semoga urusan qada puasa dipermudahkan..

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama